TEKS SUHAILA ALI

DUDUK di rumah ketika ini, mungkin ada yang sedang cuba untuk menurunkan berat badan seperti menjaga pemakanan dan memperbanyakkan bersenam. Namun, selepas seminggu diet, berat badan tidak turun secara konsisten.

Apakah yang berlaku? Di sini, Sinar Plus kongsikan sebab-sebabnya.

Pada kebiasaannya apabila kita mula untuk diet, kita akan dapati perubahan pada berat badan dalam masa satu minggu. Dalam tempoh itu, boleh turun tiga hingga lima kilogram. Namun selepas seminggu diet, berat badan tidak akan dapat turun sebanyak itu lagi.

Ketika itu, kita mula tidak bersemangat untuk diet lagi.

Tapi jangan putus asa dulu kerana sebenarnya anda kini sudah ada dalam fasa diet yang sangat bagus.

Tahu tak kenapa?

Berat badan boleh kurang dengan cepat dalam minggu pertama dalam badan kita banyak air atau dipanggil gemuk air.

Gemok air ini adalah disebabkan banyaknya takungan water retention yang disebabkan gabungan pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat sebelum ini.

Iklan

Apabila kita mula diet, kita sudah mula untuk mengamalkan pemakanan yang lebih baik.
Kurangnya garam dan karbohidrat dalam pemakanan, banyaknya serat dan fiber.

Dengan itu, badan akan banyak menyingkirkan toksik dan air dalam badan pada minggu pertama. Ditambah pula dengan aktiviti yang membakar dan membuang lemak ianya akan lebih meningkatkan pengurangan berat badan.

Selepas seminggu, badan sudah mula biasa dengan perubahan gaya hidup diet ini dan segala toksik daripada gaya hidup yang dahulu pun sudah dapat dibuang. Sebab itulah penurunan selepas satu minggu tidak tinggi seperti awal diet bermula.

Iklan

Jika anda konsisten mengamalkan diet yang sihat, anda akan dapati berat badab turun hingga satu atau dua kilogram seminggu.

Purata penurunan berat badan menunjukkan satu kilogram seminggu pun sudah cukup bagus kerana penurunan ini ia mengambil kira juga hubungan antara kalori dan berat badan. Di mana untuk kebiasaan satu kilogram bersamaan 700 kalori.

Jadi kepada anda yang tengah diet tu. Teruskanlah okay. Pastikan konsisten barulah boleh nampak result yang cantik. Biar ambil masa sedikit yang penting kita sihat. Jangan pula ingin berat turun mendadak tapi kita pula yang sakit di kemudian hari.