'Selesai sudah tugasku mengiringimu di dunia ini. 'Luahan pegawai 21 tahun berkhidmat dengan Allahyarham Tun Abdullah bikin sebak!

No Image Caption
A
A
A

PEMERGIAN seorang tokoh negara, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sememangnya memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada mereka yang pernah berada di bawah tampuk pemerintahannya.

Apatah lagi bagi mereka yang pernah berkhidmat untuk beliau, tentunya lebih terasa kehilangan sosok figura yang sering dianggap seperti seorang ayah ini.

Itu yang dialami seorang individu yang mendakwa telah berkhidmat selama 21 tahun dengan bekas Perdana Menteri Malaysia yang mesra disapa Pak Lah.

Beliau berkongsi rasa hatinya apabila menyelesaikan tugas yang diamanahkan selama ini.

Menerusi perkongsian di platform TikTok @darulaizal, individu yang dikenali sebagai Tuan Zarul menyatakan bahawa tugasan beliau telah selesai selepas Allahyarham meninggal dunia pada Isnin, 15 April 2025.

"Selesai sudah tugasku mengiringimu di dunia ini," tulisnya ringkas.

No Image Caption

Tuan Zarul menganggap Tun Abdullah sepertinya bapanya sendiri memandangkan hampir 21 tahun berkhidmat bersama Allahyarham, sehinggalah hari beliau menghembuskan nafas terakhir.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan ucapan terima kasih kepada Tuan Zarul atas perkhidmatannya itu.

Ada juga yang menzahirkan rasa dukacita atas pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 itu, dan mengakui jasa serta baktinya sangat besar buat rakyat Malaysia.

No Image Caption

Terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah meninggal dunia pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin lalu.

Allahyarham yang berusia 85 tahun ketika pemergiannya telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang