MENAMPILKAN ciri keselamatan berganda dengan teknologi termaju, Xiaomi Automatic Smart Door Lock menjadi jawapan terbaik buat mereka yang mahukan sistem perlindungan kediaman pintar.

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, kunci rumah dengan ciri kecerdasan buatan itu direka bentuk dengan desain minimalis dan nipis, sekali gus melengkapkan fungsi rumah yang selamat.

“Peranti tersebut diperbuat daripada material aloi berkualiti tinggi dan lengkap dengan penunjuk lampu LED automatik.

“Paling penting, hanya menggunakan pengesahan cap jari, sistem teknologi komunikasi tanpa wayar jarak jauh dan kawalan suara untuk membuka atau mengunci pintu ‘menjalankan kerja mereka’,” katanya.

Xiaomi Automatic Smart Door Lock

Sebagai sekuriti tambahan, Xiaomi juga menyediakan sebanyak 20 digit pilihan kod pin, selain kata laluan sementara untuk pelawat atau pembantu rumah.

 

Baca juga Rumah lebih selamat, elak kecurian dengan teknologi Smart Door Lock, siap ada remote

Baca juga Desain C200 Coupe AMG Line lebih mewah, hidupkan enjin secara kawalan jauh melalui aplikasi telefon pintar

Selain itu, label terkemuka China itu juga menawarkan 10 ciri perlindungan. Antaranya seperti lima penggera pincang tugas dan kunci dwipenderia.

Iklan

Xiaomi Automatic Smart Door Lock

Harga jualan bermula RM1,899 dan boleh dibeli di outlet rasmi Xiaomi di seluruh negara atau di kedai e-dagang, Lazada dan Shopee.

Xiaomi Automatic Smart Door Lock

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!