Semakin canggih. MEDICOS perkenal M99, UNIQLO umum versi baharu AIRism 3D MASK

A
A
A

PENGELUAR pelitup muka perubatan, MEDICOS baru-baru ini melancarkan rangkaian pelindung pernafasan premium M99.

M99 yang terdiri daripada PRO, NEO dan FLIP direka dengan lima lapisan perlindungan yang unggul dan dilengkapi dengan teknologi HydroChargeTM.

Ketua Pegawai Eksekutif MEDICOS, William Won berkata, inovasi baharu itu dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan Malaysia berjaya mencapai tahap penapisan setinggi 99 peratus dalam dua ujian, sekali gus membuktikan keberkesanannya terhadap zarah bawaan udara seperti virus SARS-CoV-2.

“Selain keselamatan dan kualiti, kami telah mengembangkan produk ini dengan menggabungkan gaya, keselesaan dan kebolehan pernafasan yang maksimum,“ katanya.

Dalam pada itu, peruncit pakaian global, UNIQLO mengumumkan pelancaran versi baharu, AIRism 3D MASK yang direka oleh pereka, Tokujin Yoshioka.

 

 

“Dengan tiga lapisan, ia memberi kecekapan penapisan bakteria sebanyak 99 peratus, menyekat titisan, bakteria, zarah tercemar dan debunga.

“Selain itu, pelaras telinga yang baharu akan mengurangkan kerengsaan walaupun dipakai untuk tempoh yang lama,“ kata UNIQLO dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca