Siapa kata orang sakit kronik tak boleh melancong, tapi kena ikut syarat-syarat ini…

APABILA tiba hujung tahun, mesti ramai di antara kita mahu pergi bercuti.

Aktiviti tersebut boleh membantu seseorang merehatkan minda dan lari sebentar daripada kesibukan kerja.

Tidak kira lokasi dalam atau luar negara, persiapan untuk pergi melancong perlu dilakukan.

SUMBER Porapak Apichodilok daripada PEXELS.

Bagi mereka yang mempunyai penyakit jantung atau diabetes, ia mungkin lebih mencabar.

Johns Hopkins Medicine berkata, golongan yang berpenyakit kronik sakit tidak seharusnya membataskan diri daripada menikmati keseronokan dengan pergi melancong.

 

Apa yang perlu dilakukan adalah mereka perlu berjumpa dengan doktor seawal mungkin sebelum memulakan perjalanan.

“Pesakit harus berbincang tentang risiko yang mungkin terlibat semasa bercuti.

“Mereka hendaklah merancang untuk mendapatkan imunisasi, ubat dan peranti perubatan yang mungkin diperlukan sebelum atau semasa tempoh perjalanan,” kata John’s Hopkin  Medicine.

Baca juga: Penerbangan ke Kutub Selatan, menaiki helikopter ke Averest. Antara 5 aktiviti pelancongan termahal dunia

SUMBER Dominika Roseclay daripada PEXELS.

TIP PERLU DIIKUTI

Sementara itu, Healthline berkata, persediaan rapi diperlukan oleh mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Sukarelawan Persatuan Jantung Amerika Syarikat dan profesor perubatan di Universiti Florida di Jacksonville, Dr Gladys Velarde berkata, golongan tersebut perlu menyesuaikan diri dengan jadual perjalanan.

Mereka juga perlu menyediakan keperluan khas mengikut penyakit yang dialami.

“Pergi melancong bukanlah mudah bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik.

“Pelbagai ubat dan peralatan perubatan khas perlu dibawa bersama,” katanya.

Tambah beliau, persediaan awal dapat memastikan percutian bersama keluarga atau rakan berjalan lancar.

Baca juga: Percutian yang dirindukan, tiket makin murah, ramai tak sabar nak keluar melancong. Ini lokasi cadangan kami…

SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

Justeru, laman perubatan tersebut berkongsi empat tip untuk membantu menghilangkan tekanan semasa bercuti bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Berikut persediaan yang perlu dilakukan:
1. Dapatkan nasihat daripada ahli perubatan tentang sebarang pantang larang semasa perjalanan.

Iklan

2. Bawa senarai ubat termasuk dos dan maklumat farmasi.
Ubat-ubatan perlu dilabel dengan jelas dan dibawa dalam kuantiti yang mencukupi untuk sepanjang tempoh percutian.

Baca juga: Teringin melancong ke negara Arab? Ini 14 tempat menarik di Qatar

SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

3. Bawa peralatan perubatan khas.
Semak dengan syarikat penerbangan atau agensi pelancong  sekiranya memerlukan peralatan khas seperti peranti peranti oksigen mudah alih dan dan kerusi roda.

4. Maklumkan kepada pusat penjagaan kesihatan tentang ketiadaan anda.
-Sekiranya pesakit sedang menjalani rawatan dan pemeriksaan berkala, hubungi fasiliti perubatan lokasi yang akan dikunjungi supaya boleh meneruskan rawatan semasa.
-Bawa bersama salinan sejarah perubatan dan ubat-ubatan yang diambil.

SUMBER Artem Podrez daripada PEXELS.

Dalam pada itu, Healthline turut berkongsi empat tip yang boleh diambil untuk sekiranya perjalanan menuju ke destinasi percutian memakan masa berjam-jam.

Pesakit disaran untuk melakukan perkara berikut sekiranya duduk lebih daripada empat jam di dalam kereta atau di dalam kapal terbang. Antaranya:

Iklan

i. Pakai stoking.
ii. Berhenti pada setiap beberapa jam untuk keluar dan berjalan-jalan jika melakukan perjalanan menaiki kereta.
iii. Sekiranya menaiki kapal terbang, kerap berjalan di sekitar kabin apabila dibenarkan.
iv. Tingkatkan aliran darah dengan melakukan pergerakan tumit dan jari kaki.

Perjalanan pergi bercuti boleh menjadi tekanan sekiranya seseorang mempunyai masalah kesihatan.

Namun dengan sedikit perancangan, SinarPlus percaya anda boleh memanfaatkan sepenuhnya tempoh semasa melancong tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang