SIBUK bekerja sampai boleh lupa nak makan! Tak dinafikan, kadang-kadang individu yang jenis workaholic, mereka sanggup berlapar semata-mata mahu siapkan dateline.

Tak kurang juga ada yang berpandangan, nak keluar makan kena ambil masa yang lama kerana faktor jarak, ditambah perlu tunggu untuk order siap terhidang.

Rasanya tak kira pekerja bawahan atau pihak atasan, masalah yang sama sering berlaku sehingga ada yang sanggup tapaw dan makan di pejabat saja.

Pun demikian, Mercure KL Glenmarie mempunyai pendekatan unik supaya golongan ahli perniagaan atau pekerja berdedikasi boleh menikmati juadah makan tengah hari dengan pesanan pantas.

makan Express Lunch

Nah! Express Lunch yang ditawarkan di Restoran Warna memang berbaloi untuk dicuba.

Kepada SinarPlus, Pengurus Besar Mercure KL Glenmarie, Fariz Victor memberitahu, pakej makan tengahari ekpress direka dengan teliti demi memenuhi kehendak pelanggan.

“Setiap pemilihan menu yang sihat dan segar dititikberatkan supaya dapat dihidangkan dalam masa 35 hingga 40 minit untuk mereka yang memiliki jadual kerja yang padat.

makan Express Lunch

“Memang berbaloi kerana selain hidangan utama, pelanggan juga boleh menikmati juadah pembuka selera, salad segar, pencuci mulut dan pilihan minuman dalam konsep bufet,” katanya.

Tambah beliau, pakej istimewa tersebut direka untuk menawarkan pengalaman menjamu selera yang menggabungkan kelajuan, kepelbagaian dan kualiti.

makan Express Lunch

“Dengan pilihan hidangan utama yang dihidangkan secara penggiliran, kami juga menyasarkan untuk menyediakan masakan kurang daripada 40 minit dengan kualiti terbaik,” ujarnya.

Bukan satu tetapi tujuh hidangan istimewa ditawarkan kepada pengunjung yang mahu merasai pengalaman gourmet yang boleh dinikmati dalam masa sejam!

makan Express Lunch

makan Express Lunch

Baca juga Idea staycation sepanjang cuti Aidilfitri, Mercure Kuala Lumpur Glenmarie antara lokasi penginapan baharu yang boleh dicuba

makan Express Lunch

Antara menu masakan utama dengan elemen lain daripada lain yang ditawarkan seperti Chicken Schnitzel, Pan-Fried Salmon dan Grilled Chicken Satay Quesadilla.

Empat lagi sajian wajib dicuba seperti Fettuccini Mushroom Alfredo, Chicken Salami Monte Cristo, Black Pepper Beef Udon dan Creamy Salted Egg Chicken.

makan Express Lunch

 

 

makan Express Lunch

Iklan

Dalam banyak-banyak menu tersebut, ramai yang rekomen Black Pepper Beef Udon yang mana mi udon dimasak bersama daging bermutu tinggi yang cukup menyelerakan.

Nampak ringkas, namun rasanya memang marvelous! Kalau anda jenis selera Melayu, boleh Creamy Salted Egg Chicken dengan porsi puas hati.

makan Express Lunch

Tak cukup dengan itu, kalian boleh menikmati side dish yang ditawarkan secara bufet yang dihidang dengan menu berbeza setiap hari.

Baca juga Trend staycation lengkap iftar dan sahur, lagi jimat dan cipta momen indah bersama tersayang

Jika bertuah, lauk-pauk seperti sup of the day, tomyum, kerabu of the day, aneka jeruk, sambal, roti dan banyak lagi boleh dicuba bermula jam 12 tengah hari hingga 2.30 petang.

makan Express Lunch

Iklan

Lagi menarik, pemanis mulut terdiri daripada kuih-muih tradisional, kek dan agar-agar buah-buahan yang disusun cantik di atas rak dengan dekorasi kenderaan jenis trak comel.

Tawaran tersebut dibuka pada hari biasa saja iaitu Isnin hingga Jumaat dengan pakej serendah RM32+ hingga RM39+.

makan Express Lunch

makan Express Lunch

Jangan lupa grab tawaran special Buy 5 Free 1 untuk mereka yang plan makan lunch beramai-ramai bermula Selasa hingga Jumaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!