INFINIX, jenama yang kian popular dalam pasaran elektronik negara baru-baru ini memperkenalkan rangkaian siri Infinix ZERO iaitu Infinix ZERO X Pro dan Infinix ZERO 5G yang dikemaskini pada tahap optimum.

Pengarah Infinix Malaysia, William Chen berkata, sebelum ini, siri Infinix ZERO terkenal dengan prestasi hebatnya seperti sistem kamera yang lengkap, reka bentuk yang menakjubkan dan spesifikasi berkuasa.

“Kami mendengar dan memahami kehendak pengguna. Justeru, kami meneliti setiap aspek inovasi Infinix dengan menawarkan teknologi yang berfungsi tinggi dan boleh diakses tanpa menjejaskan kualiti dan spesifikasinya,” katanya dalam satu kenyataan kepada SinarPlus.

Ciri utama Infinix ZERO X Pro termasuk:

•Universal Flash Storage (UFS) 2.2 dengan Write Booster: Write Booster Infinix meningkatkan kelajuan menulis dan membaca untuk mempercepatkan pemuatan aplikasi dan cache.

•Teknologi Audio: Gabungan teknologi Smart PA dan DTS meningkatkan amplitud dan kenyaringan untuk mencipta pengalaman bunyi sekeliling.

•Infinix’s Dar-Link 2.0: Perisian ini meningkatkan kestabilan imej dan kepekaan kawalan sentuhan berdasarkan algoritma AI.

• Perisian XOS 10.0: Sistem pengendalian terbaharu Infinix menyepadukan aplikasi yang direka bentuk untuk kehidupan yang lebih pintar, seperti Phone Cloner untuk memindahkan semua data ke peranti baharu dengan mudah.

 

Ciri utama lain ZERO 5G Infinix pula:

Iklan

•Bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 33W: Peranti pintar boleh bertahan selama 9.4 jam permainan, 27 hari dalam keadaan siap sedia, 22 jam panggilan dan 152 jam main balik muzik (data ujian disediakan oleh makmal Infinix).

•Infinix’s Dar-Link 2.0: Perisian ini meningkatkan kestabilan imej dan kepekaan kawalan sentuhan berdasarkan algoritma AI.

•XArena: Meningkatkan pengalaman permainan dengan menyepadukan aplikasi permainan ke dalam satu zon.

Iklan

• Heat Pipe Thermal Module 2.0: Ciri ini memantau suhu telefon pintar ZERO 5G secara sistematik supaya pengguna boleh bermain tanpa merisaukan suhu peranti.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini mengenai siri ZERO, kunjungi laman web Infinix Malaysia.