Stew ayam pekat likat lagi sedap! Ibu kena cuba ni, dijamin hirup kuah sampai titisan terakhir

ANDA pernah cuba masak stew ayam? Sedap tau! Cara penyediaannya pun sangatlah mudah. Yang penting tak menggunakan bahan memasak yang banyak dan renyah.

Lauk ini sesuai dijadikan lauk makan tengahari atau malam. Di hidangan dengan telur dadar, sayur dan nasi putih panas-panas boleh terangkat dibuatnya!

Stew ayam ni juga boleh dilebihkan pedas ikut cita rasa masing-masing. Anda nak pedas, letak je cili lebih. Tak nak pun, korang boleh kurangkan.

Resipi ni memang kena pekat dan likat, barulah sedap nak makan nanti. Ayuh cuba!

Bahan-bahan;

  • Ayam dipotong kecik kecik
  • 1 biji bawang Holland dihiris*
  • 2 biji bawang putih diketuk*
  • 1 inci halia dihiris halus*
  • Kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga*
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu lada hitam ditumbuk

Cuba juga Wajib cuba! Ayam masak asam terpaling ringkas, sedap tak cukup nasi sepinggan dibuatnya

  • Air sedikit jika perlu
  • 1 biji kentang dipotong dadu
  • 1 biji lobak merah dipotong dadu
  • 1 kiub ayam
  • Garam gula secukup rasa
  • Tomato dipotong empat
  • Cili padi
  • Bancuhan tepung jagung

Cara membuatnya;

1. Tumis semua bahan bertanda * sampai wangi. Kemudian masukkan sos tiram, tomato, kicap manis dan lada hitam.

2. Sukatan sos boleh ditambah ikut kesesuaian. Jika nak lagi umph boleh tambah dua ke tiga sudu bahannya.

Cuba juga Nampak lazat! Ayam masak kicap kering versi doktor ini raih 41 ribu share wajib dicuba

Iklan

3. Gaul sekejap dan masukkan ayam. Renihkan sebentar sampai ayam lembut separuh. Kemudian masukkan kentang, lobak merah, kiub ayam, garam, cukup rasa dan air.

4. Kemudian apabila kentang dan lobak merah dah empuk, masukkan tomato dibelah empat, cili padi dipatah dua dan sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

Siap! Bolehlah tabur daun bawang dan daun sup masa menghidang. Sedap weh. Wajib cuba ni. Confirm anda hirup sampai ke titisan kuah yang terakhir.

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber : ciktu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!