BERBEKALKAN pengalaman Anchor melebihi 130 tahun dalam dunia tenusu, Anchor Food Professionals baru-baru ini melancarkan krim tenusu dan keju mozarela yang diberi sentuhan Eropah untuk pasaran Malaysia.

Dua produk tersebut ialah Anchor Classic Shredded Mozzarella Cheese dan Anchor Chef‘s Classic Whipping Cream.

Kedua-duanya dirumus khas untuk menawarkan kualiti dan kesempurnaan yang diinginkan oleh para pengguna untuk resipi kegemaran mereka.

Serentak dengan itu juga, Anchor akan menggantikan produk-produk krim masakan UHT dengan Anchor Culinary Cream dan Anchor Extra Yield Cooking Cream.

Pengarah Perkhidmatan Makanan, Fonterra Brands Malaysia, Jack Tan berkata, Anchor Classic Shredded Mozzarella Cheese merupakan keju mozarela ala tradisional yang memberi hasil prestasi ketuhar yang jauh lebih baik, rasa yang enak dan kompleks serta menjamin bahawa juadah yang disediakan benar-benar lazat.

Iklan

Iklan

“Bagi pembuat roti dan pastri, produk Anchor Chef‘s Classic Whipping Cream kami dirumus untuk menawarkan stabiliti dan hasil yang boleh yakini. Dengan teksturnya yang serba ringan dan lembut, ia dapat menyempurnakan sajian istimewa anda biarpun dalam keadaan panas, sejuk atau beku.

“Kami rasa teruja untuk melihat sejauh manakah barisan produk ini dapat memberi manfaat dalam industri makanan. Setakat ini, maklum balas yang kami telah terima sangat positif,“ kata Jack dalam satu kenyataan baru-baru ini.