Suhaizah lumpuh separuh badan, sukar bercakap selepas kelahiran anak ketiganya gara-gara strok

IBU HAMIL (1)
IBU HAMIL (1)
A
A
A

KATA Zainuddin Razzali, beliau masih tidak dapat melupakan momen pahit yang direntas oleh isterinya, Suhaizah Ahmad, 49, sembilan tahun lalu.

Disebabkan masalah darah tinggi atau hipertensi yang dialami Suhaizah, wanita itu terpaksa melahirkan anak bongsunya secara pembedahan dan lebih awal dari tarikh jangkaan.

Selepas itu, cahaya mata pasangan tersebut terpaksa ‘berkampung‘ lebih kurang tiga bulan di Newborn Intensive Care Unit untuk mendapatkan rawatan intensif.

Natijah yang dialami oleh Suhaizah bukan calang-calang. Sebaik sahaja selamat bersalin, beliau lumpuh sebelah badan dan mengalami kesukaran untuk bercakap.

Kata Zainuddin, 51, ketika melahirkan anak sulung mereka, kesihatan isterinya baik-baik sahaja.

“Namun, bila hamil anak ketiga, isteri saya dapat penyakit darah tinggi. Terus terang saya katakan, saya risau melihat keadaannya yang lumpuh selepas melahirkan anak bongsu kami ini,“ ujarnya.

Selepas peristiwa sedih tersebut, Zainuddin berkata, beliau akan memastikan isterinya makan ubat sebelum beliau keluar mencari rezeki.

“Saya juga tidak pernah terlepas membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. Selain itu, saya akan menjemput tukang urut untuk mengurutnya setiap minggu,“ katanya.

Beliau juga bersyukur kerana kakak iparnya yang tinggal berhampiran banyak membantu isterinya untuk mandi, menyuap makanan dan hal-hal lain.

“Anak ketiga saya kini sudah darjah tiga dan alhamdulillah sihat walafiat berbanding ibunya. Selain kakak ipar, saudara-mara terdekat turut ringan tulang membantu kami sekeluarga,“ ungkapnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca