BARU-BARU ini, tular berita dan sebuah video di laman TikTok yang memaparkan seorang bayi nyaris maut akibat diberi minum air masak oleh neneknya.

Menerusi rakaman yang dikongsikan oleh seorang jururawat yang dikenali sebagai Nurul Fitria, bayi malang itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas wajahnya bertukar kebiruan akibat tersedak dan sukar bernafas.

Kejadian yang dipercayai berlaku di negara seberang itu terjadi kerana ibu kepada kanak-kanak tersebut belum mempunyai susu badan.

bayi
SUMBER Lisa Fotios daripada PEXELS.

Tindakan berkenaan sebenarnya sangat berbahaya kerana bayi yang baru lahir tidak boleh diberikan apa-apa air selain daripada susu.

MUDARAT

Menurut WebMD, bayi di bawah usia satu tahun tidak memerlukan air seperti orang dewasa dan tindakan memberikan si manja minum air kosong memang boleh memudaratkan mereka.

Si kecil hanya perlu minum susu ibu atau susu formula hingga mereka berumur enam bulan.

 

“Ia (susu ibu dan susu formula) mempunyai semua penghidratan dan pemakanan yang diperlukan semasa bulan-bulan awal kelahiran mereka.

“Walaupun bayi sudah diberikan puri atau makanan ketika usia enam bulan, susu ibu dan susu formula masih lebih penting daripada air,” kata WebMD.

Bagaimanapun, menurut laman perubatan tersebut, ibu bapa boleh mula memperkenalkan air kosong kepada bayi apabila mereka mula makan makanan pejal.

susu
SUMBER RDNE Stock Project daripada PEXELS.

Mengapa minum air kosong dilarang? Pertama ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan pada aras sodium dan boleh mengakibatkan:

1.Sawan.
2.Kerosakan otak.
3.Koma.
4.Kematian.

Baca juga: Bedung bayi memang boleh bantu anak tidur lena, tapi ini cara betul ketika cuaca panas

Baca juga: Wanita pakai mekap, perokok, individu tak sihat dan cirit-birit jangan sentuh bayi. Ini mungkin terjadi

Memberi bayi minum air masak boleh menyebabkan keracunan air dan membawa kepada perubahan tingkah laku seperti berikut:

1.Kekeliruan.
2.Mengantuk.
3.Kekejangan otot.
4.Pening dan muntah.
5.Kesukaran bernafas.‌
6.Lemah.

SUSU IBU PALING TERBAIK

Sementara itu, Cleveland Clinic berkata, susu ibu mengandungi semua kebaikan yang bayi perlukan untuk membesar.

Ia menyediakan formula unik yang mengandungi vitamin, mineral dan antioksidan.

SUSU
SUMBER RDNE Stock Project daripada PEXELS.

Mereka turut menggariskan manfaat susu ibu yang menyokong kesihatan bayi. Antaranya:

1.Mudah untuk penghadaman perut dan usus yang belum matang.
2.Mengandungi antibodi yang melindungi bayi daripada jangkitan dan meningkatkan imuniti.
3.Mempunyai jumlah lemak, gula, air, protein dan vitamin yang sesuai untuk perkembangan si kecil.
4.Menggalakkan penambahan berat badan yang sihat.
5.Memenuhi keperluan pemakanan bayi.
6.Mengandungi bahan yang menenangkan si manja secara semula jadi.

Baca juga: 1 dalam 50 juta, wanita dua rahim lahirkan bayi kembar ‘ajaib’, setiap seorang diami satu rahim ibu

Iklan

Kebanyakan klinik atau hospital mengesyorkan penyusuan bayi secara eksklusif selama sekurang-kurangnya enam bulan.

“Setelah bayi mencapai umur untuk makan makanan pejal, ibu ayah boleh mula memperkenalkan mereka dengan makanan dan meneruskan penyusuan sehingga dua tahun atau lebih lama.

“Perlu diingat bahawa si comel masih mendapat manfaat pemakanan dan kesihatan susu ibu walaupun mereka diberikan susu yang dipam,” kata Cleveland Clinic.

Baca juga: Tumor otak dapat dikesan sejak bayi dalam perut. Tiada genetik kanser bukan jaminan si kecil bebas daripada penyakit itu

SUSU
SUMBER Mart Production daripada PEXELS.

Tambah laman perubatan tersebut, terdapat banyak komponen susu ibu yang memenuhi keperluan bayi. Antaranya:

1.Karbohidrat seperti laktosa yang menyokong keseimbangan bakteria sihat dalam perut bayi.
2.Lemak yang membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi.
3.Protein seperti laktoferin yang melindungi bayi daripada jangkitan.
4.Vitamin yang menyokong tumbesaran bayi.
5.Sel darah putih yang membantu melawan jangkitan.

Baca juga: Bayi perempuan 22 bulan positif dadah buat ramai sebak, ibu kini ditahan

Baca juga: 7 rangka bayi bongkar sumbang mahram bapa & anak, dikuburkan hidup-hidup lepas lahir, disyaki berkaitan amalan kedukunan

Iklan
SUMBER Alina Matveycheva daripada PEXELS.

Justeru, ibu ayah perlu tahu susu ibu sudah cukup untuk si kecil anda.

Pun demikian, sekiranya anda memberikan si kecil susu formula, pastikan mengikut sukatan air yang ditetapkan.

Tolong jangan sesekali beri air suam, air kosong atau susu yang diambil daripada susu tin.

Nasihat kami, mak ayah terutama yang masih muda perlu mempunyai asas tentang kesihatan bayi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!