Sup daging ala Siam ketagih, wajib cuba
JIKA korang penggemar sup, memang wajib cuba sup daging ala Siam ini.
Dengan aroma yang wangi, menu sup ini boleh membuka selera sesiapa sahaja.
Rasanya juga berbeza dengan sup yang selalu kita buat menggunakan sup bunjut dan rempah.
Sekali cuba, pasti korang ketagih dengan rasanya.
Ayuh kita cuba resipi daging sup ala Siam yang dikongsi oleh Leyha Dekha ini.
Bahan-bahannya;
- 1 kg daging - dibersihkan
- 3 biji buah pelaga
- 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
- 1/2 sudu besar serbuk lada putih
- 1 inci kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1 biji tomato
- 1 labu bawang holland - dihiris kasar
- 1/2 sudu besar garam
- 2 liter air
- 1 batang celery - dipotong pendek
- 5 tangkai cili padi
- 2 akar ketumbar - diketuk
- Bawang goreng secukupnya
- 1 inci halia - di ketuk
- 2 biji limau nipis - ambil jusnya
Cuba juga Ikan celup tepung berkerak rangup, ini rahsianya
Cara-caranya;
1. Rebuskan daging bersama sedikit garam sehingga empuk. Buang buih yang timbul dengan sudu ketika proses merebus daging tersebut. Tambahkan air secukupnya jika daging masih belum empuk.
2. Apabila daging separuh empuk, masukkan buah pelaga, akar ketumbar, kulit kayu manis, bunga cengkih, halia, lada hitam, lada putih dan serbuk ketumbar.
3. Seterusnya apabila daging telahh empuk, masukkan bawang holland, batang celery dan tomato.
4. Akhir sekali masukkan cili padi dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Masukkan sup ke dalam mangkuk dan perahkan limau nipis serta taburkan bawang goreng.
Siap! Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas, bihun, mi atau kuew tiaw yang telah dicelur.
Semoga bermanfaat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang