Sup Siam daging padu tambat selera berbuka, guna bahan simple rasa marvellous!
RESIPI sup Siam daging memang istimewa kerana rasa dia masam-masam dan sedikit pedas menjadikan ia menu kesukaan ramai.
Nak makan dengan nasi putih boleh, makan begitu sahaja pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.Jangan lupa follow kami di Instagram.
Tambah lagi, jika dijadikan juadah berbuka puasa atau bersahur, boleh tambat selera sekeluarga.
Apa yang paling penting, sup Siam ini hanya menggunakan bahan mudah satu perencah sahaja. Serius, rasa sup Siam daging ini sangat padu. Marvellous!
Pasti ramai yang tak sabar nak mencuba resipi ini kan? Bila buat sendiri lagi puas makan. Tak rugi mencuba!
Bahan-bahannya;
- 500-800 gram daging lembu hingga lembut
- 500 ml air kosong
- 1 1/2 pek perencah sup siam Adabi
- 2 ulas bawang putih diketuk
- 1 batang saderi panjang
- 1 batang akar daun ketumbar ketuk
- 4-5 tangkai daun ketumbar
- 1-2 tangkai daun bawang
- 2-3 cili Thai ketuk
- 1/2 bawang Holland saiz besar
- 2 biji tomato belah 4
- 1 biji besar asam limau
- 3 sudu makan sos ikan
- Garam, serbuk perasa, bawang goreng
Cuba juga Udang khamped sedap, padu. Sajian Thai yang wajib cuba
Cara membuatnya;
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, lada Thai ketuk, akar daun ketumbar, 2/3 bahagian tomato hingga bawang betul-betul layu.
2. Masukkan 700 ml air (air + air rebusan daging), daging rebus, daun ketumbar, perencah, sos ikan dan tomato. Buka api besar, tutup periuk dan didihkan.
3. Bila dah mendidih, perasakan dengan serbuk perasa, garam, hirisan asam limau hingga rasa masam pedas aroma sup. Air jangan kurang jangan lebih seperti di atas untuk sukatan ini. Siap.
4. Taburkan bawang goreng. Lagi padu masukkan juga daun ketumbar.
Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas, bihun, mi atau kuetiau yang telah dicelur.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ben Safwan
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang