PENYAMPAI Suria FM, Suraya Borhan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, di Pusat Perubatan Universiti Malaya, pada jam 3.46 petang tadi.

Bayi perempuan seberat 3.23kg itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan dan kedua-dua ibu serta anak dalam keadaan yang sihat.

Suraya yang mengendalikan slot Suria Petang meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata pertamanya itu setelah tujuh tahun menunggu.

Iklan

“Alhamduillah. Gembira dan syukur sangat dengan kelahiran ini. Hasil penantian selama tujuh tahun,” ujarnya.

Iklan

Suraya dan suami, Mohd Johanif Mohamed Nadzin mendirikan rumah tangga pada April 2013.