Mengantuk, mengantuk nak tidur mana...esok sambutan Hari Tidur Sedunia...

TIDUR yang mencukupi penting untuk kesihatan tubuh badan
TIDUR yang mencukupi penting untuk kesihatan tubuh badan
A
A
A

KEBIASAANNYA,  terdapat satu hari khas yang disambut seluruh dunia seperti Hari Wanita Sedunia, Hari Sindrom Down Sedunia, Hari Kanser Sedunia dan banyak lagi.

Secara umumnya, sambutan itu bagi memenuhi objektifnya iaitu menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat di Malaysia khususnya.

Namun, tahukah anda terdapat satu lagi sambutan yang menarik pada 13 Mac 2020, iaitu Hari Tidur Sedunia?

Sambutan tersebut diperkenalkan oleh sekumpulan komuniti yang dikenali sebagai World Sleep Day Committee of World Sleep Society dengan menerangkan pentingnya tidur dan juga cara menghalang masalah tidur.

Kumpulan tersebut terdiri daripada pengamal perubatan yang bekerja dalam bidang kesihatan, khususnya dalam penyelidikan berkenaan tidur.

Hari Tidur Sedunia adalah acara tahunan yang disambut bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan tidur dan berehat serta mengenai isu-isu penting yang berkaitan dengan tidur, termasuk perubatan, pendidikan, aspek sosial dan memandu.

Untuk tahun ini, sambutan hari tidur akan diadakan pada 13 Mac dan pada tahun hadapan pula akan disambut pada 12 Mac 2021.

Sumber: World Sleep Day

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca