Tak beli supplemen tak apa, ini senarai sayur, buah tinggi Vitamin C
UMUM maklum ramai pakar perubatan mencadangkan pengambilan vitamin C yang bertujuan meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
Selain ambil daripada suplemen, vitamin C juga dapat diperolehi daripada pengambilan makanan sayuran dan buah-buahan.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Seperti yang dikongsi oleh seorang doktor apabila hampir setiap hari mendapat pertanyaan daripada pesakit berkaitan apa supplemen vitamin C paling bagus.
Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, apabila diberi cadangan vitamin C paling terbaik, ada pesakit macam tak boleh terima dan mungkin sebahagian orang ramai juga begitu.
Katanya, satu hari tubuh kita perlukan sekitar 70 hingga 90 miligram (mg) vitamin C. Itu sahaja yang diperlukan oleh tubuh yang sihat.
"Jika kita ambil lebih, tubuh kita akan buang semula melalui air kencing."Kebanyakan tablet vitamin C yang dijual di pasaran, mengandungi 500-1000 mg vitamin C dalam sebiji tablet. Jauh lebih tinggi daripada keperluan harian. Sekitar 7-10 kali ganda.
"Tak salah untuk kalian ambil tablet vitamin C, namun sebenarnya kita boleh dapatkan vitamin ini dari sumber alami yang murah dan mudah dimasukkan dalam diet harian," ulasnya.
Kata Dr Kamarul Ariffin, ini senarai hidangan 100 gram (g) sayur-sayuran yang mengandungi jumlah vitamin C yang cukup untuk keperluan harian tubuh, seperti;
1. Pucuk ubi = 192mg2. Cekur manis = 136mg
3. Lada Benggala = 112mg
4. Kailan = 107mg
5. Sawi = 89mg
6. Brokoli = 85mg
Ulasnya lanjut, jika mahukan lebih banyak vitamin C, boleh makan buah-buahan. 100g buah-buahan ini mengandungi jumlah vitamin C seperti berikut:
1. Jambu batu = 152mg
2. Longan = 72mg
3. Betik = 71mg
4. Oren = 53mg
"Sayur dan buah juga garam mineral dan serat yang diperlukan oleh tubuh. Malah boleh disediakan dalam pelbagai bentuk hidangan yang lazat."Ia juga tidak mahal dan mudah didapati di pasaran tempatan. Sayur dan buah ini ada dijual di gerai, kedai runcit, pasar, dan pasar raya di sekitar kita.
Jadi, apa supplemen vitamin C yang bagus? Betul! Sayur dan buah!
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang