Tak dapat pergi gym, tak ada masalah, senam dalam rumah pun boleh
BAGI anda yang selalu ke gym untuk keluarkan peluh sebenarnya bersenam di rumah pun boleh.
Cuma pastikan senaman yang dibuat itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan konsisten. Buat pergerakan yang mudah-mudah sahaja. Ini kerana semasa bersenam dengupan jantung kita akan menjadi laju. Jadi, bersenamlah ikut kemampuan. Jangan terlalu penat sampai tak boleh bernafas. Cari nahas tu.
Ini antara beberapa senaman mudah dan ringkas yang anda boleh buat di rumah:
1. Berjalan dan senaman tangga
Anda boleh melakukan senaman naik dan turun tangga. Jika rumah anda tidak mempunyai tangga, anda boleh berjalan beberapa pusingan di sekitar rumah supaya otot kaki lebih kuat.
2. Naikkan kaki (leg raise)
Senaman ini bagus untuk menguatkan dan membina otot kaki. Jika anda berhadapan masalah untuk meluruskan kaki ke atas semasa baring, anda boleh mencubanya dengan membengkokkan sedikit bagi memudahkan senaman itu dilakukan.
3. Lari setempat
Joging atau lari setempat juga antara senaman yang bagus untuk kesihatan hati. Anda juga boleh lakukan senaman lari setempat sambil menonton TV atau dengar lagu tau!
4. Squat
Senaman berkenaan sebenarnya bagus untuk kaki dan punggung. Bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan senaman ini, boleh mencuba dengan cara bangun dan duduk daripada kerusi.
5. Tarian rancak
Menari pun senaman yang best tau! Boleh pilih lagu kegemaran anda. Selain baik untuk kesihatan, menari juga boleh buat kita rasa happy.
Jom bersenam di rumah!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang