Tak guna pin lilit tudung, ini rupanya rahsia turban Mimi Wahedah terletak elok

A
A
A

BAGI peminat fesyen tanah air sekitar tahun 1980-an, pasti cukup mengenali model dan pereka fesyen terkenal, Che Puan Datin Mimi Wahedah Yusop.

Beliau kini berhijab dan penampilannya disifatkan lebih memukau.

Baca ni 'Menu simple, nasi tetap makan.' Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

Empunya diri juga masih kekal menawan biarpun usia sudah memasuki separuh abad.

Jika diamati, penggayaan tudung berkonsepkan turban telah menjadi pilihannya sejak dahulu sehingga kini.

Pelbagai gaya lilitan dan corak pada setiap helaian yang dipakai oleh ibu kepada Tunku Affie Rania. Semestinya ia sentiasa menjadi tumpuan.

"Selera setiap wanita berbeza-beza. Saya sendiri sejak dahulu lagi memang gemarkan fesyen turban.

"Saya mempraktikkan less is more dalam setiap koleksi. Biarpun koleksi busana yang saya ketengah berkonsepkan Muslimah patuh syariah, namun masih tetap bergaya," katanya ketika ditemui SinarPlus pada Majlis Pelancaran Rasmi Buku Coffee Table Malaysian Fashion: A Journey in Colour yang berlangsung di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

BABY CAPE TUTUP LEHER

Meskipun berturban, Mimi Wahedah memastikan fesyen tersebut tidak mendedahkan leher.

"Apabila berturban, ada yang tegur nampak leher. Dari situlah terhasilnya baby cape, bukan hanya menutup leher, tetapi boleh digunakan dalam pelbagai gaya.

"Saya berikan kepada kawan-kawan sebagai hadiah. Ramai yang suka dan memuji keselesaannya. Mereka juga kata material ini sangat praktikal kepada golongan yang bertudung atau tidak.

Baca ni 'Saya bangga dan sayang ayah.' Tak malu sarungkan baju kerja ayah dalam pertandingan di sekolah, kisah adik Auni bikin sebak!

Mimi ketika membuat tutorial menggunakan baby cape sebagai aksesori.

"Ya, setiap orang boleh gunakan ia mengikut gaya masing-masing. Saya sendiri menjadikan baby cape itu sebagai aksesori," jelasnya yang menggunakan fabrik sifon, shantung cotton dan baby cape.

Baby cape beliau dijual pada harga sekitar RM100 hingga RM150.

Sesungguhnya, ilmu yang diperoleh tidak disimpan seorang. Mimi Wahedah yang pernah menyandang tempat ketiga dan Miss Favourite bagi anugerah Dewi Remaja 1986/1987 turut membuat tutorial lilitan turban bagi mereka yang memerlukan khidmatnya.

"Apabila memakai tudung, saya tidak suka memakai pin. Sebaliknya, setiap lilitan turban yang saya gayakan menggunakan getah kerana tidak mahu merosakkan tudung. Namun tetap terletak elok," ujarnya yang pernah mendapat gelaran ‘top model’ sewaktu namanya di kemuncak dunia peragaan.

MASIH MEMINATI FESYEN

Ketika bertentang mata dengannya, apa yang SinarPlus boleh katakan, aura wanita itu sebagai seorang peragawati tidak pernah pudar.

Pada usia menjangkau 52 tahun, Mimi Wahedah masih kekal langsing dan bergaya. Bahkan, minat beliau terhadap dunia fesyen semakin bercambah.

Bersama suami dan anak perempuannya.

"Saya tidak nafikan, trend fesyen begitu pantas dan adakalanya sukar untuk kita kejar. Pun begitu, terpulang kepada selera masing-masing. Cuma, pada saya warna sangat memainkan peranan.

"Untuk koleksi fesyen yang saya keluarkan misalnya, saya kekalkan rekaan cape, tapi saya olah kepada rekaan yang lain," ungkapnya.

PENERBITAN BUKU UNIK

Dalam pada itu, menyentuh mengenai Malaysian Fashion: A Journey in Colour, Presiden MODA, Melinda Looi berkata, pelancaran naskhah berkenaan adalah bersempena meraikan ulang tahun ke-30 Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (MODA).

Ia terkandung coretan dan lipatan sejarah perjalanan MODA sepanjang penubuhan persatuan itu sekitar 30 tahun lalu.

"Karya berkenaan turut menghimpunkan profil dan karya seni eksklusif 38 pereka fesyen tempatan yang terkenal yang juga terdiri daripada ahli-ahli MODA," katanya.

Menariknya, buku tersebut menampilkan halaman berwarna hasil lakaran reka bentuk fesyen daripada pereka fesyen tertentu.

Penerbitan Malaysian Fashion: A Journey in Colour turut mendapat kerjasama daripada Pensyarah Kanan Pengurusan Fesyen Senior Lecturer Kolej Pengajian Tinggi Raffles, Sabi Sohrahbi dengan Ahli Jawatankuasa Latihan dan Pendidikan MODA, Juita Jalil.

Baca ni  Gelagat Jebat Jayden kemas rumah sambil buat dialog tentang semut, lalat bikin warga maya terhibur. Lucu betul!

Untuk semua peminat fesyen tanah air, satu pameran fesyen diadakan sepanjang Disember yang menghimpunkan lebih daripada 35 pereka fesyen terkenal yang berlangsung di Pentas Utama, Balai Seni Negara.

Ada masa, jom singgah!

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca