LAKSA utara dan laksa Johor, memang sudah tidak asing lagi dan sering didengari. Namun, laksa lemak Siam atau popular dengan laksa lemak Thai juga tidak kurang hebatnya.

Terkenal di negeri utara Semenanjung terutama di Kedah, singgahan pelancong pasti tidak sah kalau tidak menikmati sajian berkenaan.

Jika pada suatu hari nanti, larangan merentas negeri dimansuhkan, SinarPlus mencadangkan pembaca mencuba laksa Thai yang diusahakan oleh Siti Hawa Ismail.

laksa thai

Perniagaannya yang diberi nama Laksa Lemak Thai Cik Hawa yang terletak di tepi jalan utama bersebelahan Balai Polis Kuala Kedah itu menawarkan kelainan tersendiri, selain dijamin murah dan sedap.

Siti Hawa ketika dihubungi berkata, beliau berasa bertuah dan bersyukur kerana ramuan asli sajian berkenaan telah diperturunkan daripada keluarganya yang berasal dari Pattani, Thailand.

“Alhamdulillah, tiga generasi keluarga kami sudah tahu memasaknya. Saya secara peribadi, mempelajari menu itu daripada arwah nenek, Fatimah Mahmud.

Baca juga Cakoi Mummy Viral pelbagai perisa buatkan sesiapa pun terliur. Kreativiti pengusaha Islam ini tambat hati ramai

“Kemudian, saya mengambil alternatif dengan membuka kedai yang menjual khusus masakan ini yang sangat digemari oleh penduduk setempat,” katanya baru-baru ini.

Menurut Siti Hawa, keistimewaan laksanya adalah terletak kepada kuah yang padat dengan isi ikan, ditambah dengan rasa lemak santan, manis dan pedas.

laksa thai

“Untuk membuat kuah lagi sedap, saya akan letak isi ikan kembung dalam kuantiti yang banyak dan dimasak selama tiga jam supaya semua ramuan betul-betul sebati.

“Saya masih berpegang dengan kata-kata azimat nenek dan emak, untuk membuat kuah laksa yang sedap, jangan sesekali kedekut ramuan.

Baca juga Aiskrim gula apong olahan anak jati Sarawak berjaya pikat selera pelanggan Semenanjung Malaysia

“Isi ikan kena banyak dan masak penuh kasih sayang, seolah-olah kita mahu jamu ahli keluarga kita sendiri,” katanya.

Bagi memantapkan lagi hidangan tersebut, ibu kepada enam anak itu berkata, beliau akan membubuh mangga muda yang dipotong dadu dan ditaburkan di atas laksa.

Putik mangga muda yang masam membuatkan rasa laksa bertambah enak.

Iklan

laksa thai

Selain dimakan bersama tauge segar, sayur kubis dan kacang panjang, peniaga yang berusia 36 tahun tersebut turut menambah daun pudina atau selasih, bawang putih digoreng garing dan serbuk sebagai elemen penambah selera.

Berkongsi mengenai perkembangan bisnesnya, Siti Hawa berkata, sejak Ramadan lalu, beliau tidak menyangka perniagaan yang bermula dari rumah menerima sambutan cukup luar biasa daripada penduduk setempat.

“Saya cukup gembira apabila laksa air tangan sendiri ada peminatnya. Selepas menerima permintaan tinggilah, saya mula beranikan diri untuk membuka gerai Laksa Lemak Thai Cik Hawa yang ada sekarang ini,” katanya.

laksa thai

Laksa Lemak Thai Cik Hawa

  • Alamat: Jalan Kuala Kedah, Kota Setar, Kedah
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 7 malam
  • Kawasan penghantaran: Sekitar Kuala Kedah dan Alor Setar
  • Harga: RM5
  • Facebook: Hawa Ismail HawaRia Hawa

laksa thai

Iklan

Selepas negara dilanda pandemik Covid-19, tempahan secara dalam talian dan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah telah menjadi pilihan utama.

Di negeri-negeri utara tanah air, pengusaha laksa lemak Siam juga mengikuti arus yang sama.

Selain Laksa Lemak Thai Cik Hawa, terdapat beberapa lagi premis yang menawarkan hidangan berkenaan dengan servis yang serupa.

Berdasarkan carian SinarPlus, terdapat beberapa penjual yang menjual menu autentik itu di sekitar Kuala Lumpur. Kepada yang mengidam, kami senaraikan beberapa opsyen lain yang boleh dipilih.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

laksa thai

LAKSA THAI HASSUNA

  • Alamat: Jalan Puyu, Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah
  • Kawasan penghantaran: Sekitar kawasan Alor Setar
  • Harga: RM5
  • Facebook: Hassuna Laliwan

laksa thai

Laksa Siam Good Good Lucksaa

  • Alamat: Tingkat 1, Bangunan Kedai Taman Nilam Sari, Sungai Petani, Kedah
  • Kawasan penghantaran: Sekitar Sungai Petani, Penaga, Bertam, Semeling, Merbok dan Tikam Batu
  • Harga: RM10
  • Facebook: Good Good Lucksaa

laksa thai

Laksa Thai Padu

  • Kawasan penghantaran: Sekitar Jitra dan Alor Setar, Kedah
  • Harga: RM6
  • Facebook: Laksa Thai Padu

laksa thai

Laksa Siam Rumah Laksa

  • Alamat: Damansara Heights, Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Setiap Selasa dan Sabtu (tempahan awal sebelum jam 10 malam)
  • Harga: RM12
  • Facebook: Rumah Laksa Enterprise