Tak perlu pergi Timur Tengah nak rasa kunafa sedap, murah. Ini 5 lokasi rahsia wajib cuba
KUNAFA memang tak asing lagi bagi rakyat Malaysia.
Pencuci mulut yang berasal dari Timur Tengah itu menjadi trending di media sosial sehinggakan orang sanggup hunting manisan tersebut.
Bukan setakat itu saja, bagi mereka yang jenis suka mencuba sesuatu menu viral, tak mustahil sanggup beratur panjang semata-mata nak beli dessert tersebut.
Bagi kalian yang belum pernah merasai kulinari tersebut, ia sebenarnya merupakan makanan tradisional yang diperbuat daripada pastri yang dipanggil kataifi.
Kepingan kataifi yang direndam dengan air gula itu dilapisi dengan keju mozarela dan cheddar membuat sesiapa yang melihatnya terliur.
Orang kata, lagi sedap kalau dimakan bersama satu skop aiskrim vanila atau coklat. Memang marvellous!
Biasanya, sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sudah banyak premis Arab yang menjual hidangan unik berkenaan.
Seawal jam 10 pagi hingga 10 malam sajian itu dihidangkan kepada orang ramai tanpa henti terutamanya yang membuat jualan secara terbuka di hadapan premis.
Kalau anda nak rasa sendiri kunafa di kawasan berhampiran, berikut SinarPlus senaraikan lima destinasi yang disyorkan ramai pengguna TikTok pada harga berbaloi:
Sihaf Arabic Cuisine
Alamat: B-LG-1, Shop Lot Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam
Facebook: Sihaf Arabic Restaurant مطعم صِحاف
Instagram: @sihafrestaurant
Hadramawt Kingdom
Alamat: No 8, Jalan 1/67B, Off Jalan Mengkudu Ampang, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11 pagi hingga 11.45 malam
Facebook: Hadramawt Kingdom Restaurant Ampang مطعم مملكة حضرموت امبانج
Instagram: @hadramawt_kingdom_restaurants
Azeeza Kunafa
Alamat: Lotus’s Cheras, Azeeza Kunafa Kiosk , Level G, Jalan Midah 2, Taman Midah Cheras, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Instagram: @azeeza_kunafa
Papa Kanafa
Alamat: Cawangan Kuala Lumpur (Kampung Baru dan Bukit Bintang)
Waktu operasi: 11 hingga 2 pagi
Facebook: Papa Kanafa
Instagram: @papa_kanafa_kl
Habibi Kunafa
Alamat: 1 Utama Shopping Centre, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Facebook: Habibi Kunafa
Instagram: @habibi__kitchen
Baca juga Santai jalan-jalan di Kuala Lumpur, ini 6 makanan viral wajib cuba
Kalau nak dihitung, banyak lagi sebenarnya kedai makan atau restoran mewah yang menawarkan sedulang kunafa yang sedap dan mengiurkan.
Cuma tak pasti sama ada ia kena dengan selera kalian atau tidak.
Bukan apa, ada yang suka benda-benda manis ni sebagai halwa mulut, namun ada yang sebaliknya. Masing-masing punya tekak.
Apapun, tak salah kalau nak mencuba, kan? Sekali-sekala kalau ada misi jalan-jalan cari makan di sekitar ibu kota, bolehlah singgah.
Okey! Selamat mencuba dan menjamu selera.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang