TIDAK perlu berpura-pura, menangislah jika berasa diri tidak lagi dapat menahan emosi. Tertekan, geram, marah, luahkan semuanya, biarkan air mata menitis jika ia melegakan.

Menangis bukanlah hal yang salah. Ia juga bukan simbol kelemahan. Hakikatnya tangisan adalah respons biasa seseorang manusia apabila berhadapan dengan situasi beremosi seperti sedih, gembira, marah dan ketakutan.

Baca juga: Kanak-kanak menangis, asyik nak balik awal persekolahan, 10 perkara ini ibu bapa, guru perlu tahu

Kredit foto: Pexels

Tangisan beremosi mempunyai manfaat dari segi kesihatan. Berikut adalah manfaat daripadanya:

1-Selepas menangis bola mata yang kering akan kembali lembab. Mata juga akan berasa lebih lega dan bergerak dengan lebih lancar.

Sebenarnya, air mata juga mengandungi bahan anti-kuman yang melindungi daripada jangkitan mata. Air mata mengandungi lysozome berfungsi sebagai ‘antibiotik semula jadi’.

2-Usai tangisan beremosi, air mata akan mengalir ke rongga hidung. Ruang pernafasan akan menjadi lebih lancar, degupan jantung akan kembali normal. Anda akan merasa lebih lega dan tenang.

3-Mencucurkan air mata juga memberikan impak psikologi yang baik. Kesedihan dan kedukaan  di alami dapat diredakan. Tangisan akan merangsang daya ‘parasympathetic’ bertindak membantu seseorang individu untuk bertenang.

4-Selepas mengeluarkan air mata anda akan berasa mudah tidur. Ada yang terlena dengan air mata masih bergenang. Jika anda perhatikan, selepas menangis, bayi biasanya akan tertidur.

5-Melahirkan perasaan dengan air mata menyebabkan rembesan hormon oxytocin dan endorphin. Hormon ini membantu untuk melegakan kesakitan fizikal dan emosi. Ia juga berfungsi untuk mewujudkan kegembiraan dan keseronokan.

6-Selepas menangis toksin dan bahan kimia yang menyebabkan stres akan di keluarkan menerusi air mata. Pengkaji percaya, menangis dapat mengurangkan toksin di dalam tubuh.

Baca juga: Berjalan laju 75 minit sehari boleh panjang umur, wanita rebut manfaatnya

Kredit foto: Pexels

4 TANDA TANGISAN KEMURUNGAN

Pun begitu, anda perlu peka beberapa perkara jika mengalami ketidaktentuan berkaitan tangisan. Menangis antara tanda tanda kemurungan jika ia menunjukkan tanda berikut:

Iklan
  • Menangis tanpa sebab yang jelas
  • Menangis terlalu kerap
  • Menangis mengakibatkan kehidupan harian anda terjejas
  • Menangis yang tidak terkawal

Menangis adalah tindak balas normal manusia apabila berhadapan dengan situasi yang beremosi. Apabila anda berada dalam keadaan sedih, sakit dan marah menangis boleh memberi sedikit kelegaan.

Namun sekiranya ia berlaku terlalu kerap, air mata tidak lagi dapat membantu anda. Dapatkan rujukan doktor untuk rawatan lanjut.

Baca juga: Anak menangis bila wajahnya dikatakan seiras ayah, si ibu jelaskan hal sebenar bikin ramai terhibur

Iklan

Sumber: Public Health

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi