MASSIMO jenama yang terkenal dengan produk roti menyihatkan dan selamat untuk dimakan baru-baru ini melancarkan pembungkusan roti tamper-evident yang pertama di Malaysia bagi memberi lebih keyakinan kepada pengguna menerusi standard keselamatan makanan yang lebih tinggi.

Pembungkusan inovatif yang merupakan satu kemajuan besar dalam industri pembuatan roti komersil itu diperkenalkan sebagai respons kepada kebimbangan yang kerap disuarakan oleh pengguna mengenai keselamatan produk makanan semasa wabak Covid-19.

Pengarah Urusan The Italian Baker Sdn Bhd, Jeremy Goon berkata, pembungkusan pengedap keselamatan tamper-evident diperkenalkan pada kesemua produk roti Massimo.

Jeremy berkata, The Italian Baker Sdn Bhd telah melabur RM1 juta ke dalam teknologi pembungkusan pengedap keselamatan laser-seal tamper-evident dari Amerika Syarikat bagi memastikan produk-produknya selamat untuk pengguna.

Ujar beliau, teknologi tersebut antara lain memberi amaran kepada pengguna jika sesuatu produk makanan itu sudah diusik dan ia boleh dilihat dengan jelas pada produk.

“Pengguna produk Massimo terutama sekali penggemar roti kami kian bertambah semasa wabak ini kerana rakyat Malaysia jarang keluar rumah dan lebih banyak makan di rumah.

“Kebimbangan pengguna mengenai makanan yang sudah diusik sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan juga turut meningkat semasa pandemik ini.

 

Justeru, pengenalan pembungkusan pengedap keselamatan tamper-evident yang pertama di Malaysia oleh Massimo ini menjadi jawapan dan mengurangkan kebimbangan ini serta memberi lebih keyakinan menerusi peningkatan integriti produk dan dan keselamatan makanan,” jelas Jeremy.

Ujar beliau, beg roti yang ditutup menggunakan laser akan mendedahkan sebarang cubaan pengubahan pada saat pembelian.

Iklan

Sehubungan itu, pengguna seharusnya memastikan pateri pengedap keselamatan tamper-evident berada dalam keadaan baik kerana ia dipateri untuk keselamatan, pesan beliau.

Jika pateri bukan dalam keadaan asal, pengguna seharusnya memilih bungkusan lain supaya lebih yakin dan bagi mengelakkan pencemaran yang tidak disengajakan.

“Sentiasa pastikan pembungkusan tamper-evident roti sandwic Massimo anda masih dalam keadaan baik semasa membeli. Jika tidak dalam keadaan asal, pilih bungkusan lain. Setelah dibuka, gunakan tag untuk menutup beg roti bagi mengekalkan kesegaran dan perisanya,” tambah beliau.

Iklan

Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, Massimo telah menjadi makanan harian Malaysia, memberikan kebaikan menyeluruh  dari pelbagai roti termasuk roti sandwic, roti sandwic dengan germa gandum, roti gandum penuh 100 peratus, roti fine wholemeal, roti Ricco Chocolato dan roti Kurma dan Susu.

 Roti sandwic dengan germa gandum Massimo yang terkenal dengan kebaikan semula jadi germa gandum bagus dimakan untuk kesihatan jantung.

Germa gandum kaya akan vitamin E, asid lemak Omega-3, serat semula jadi, protein, B1, B2, B6, magnesium, fosforus dan zink.