Tak perlu terbang jauh ke Indonesia, Tetangga Kita bawakan variasi jenis martabak untuk rakyat Malaysia

A
A
A

KEPADA peminat martabak, anda semua wajib singgah ke premis Tetangga Kita yang terletak di Hartamas Shopping Centre, Kuala Lumpur dan di Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Tetangga Kita merupakan sebuah restoran makanan dari Indonesia yang dikhususkan menjual martabak di republik itu.

Menariknya, mereka menggunakan ramuan dan resepi asli yang dibawa dari Indonesia ke Malaysia.

Pembaca SinarPlus mempunyai dua pilihan sama ada mencuba martabak manis dan martabak telur (jenis tebal dan nipis).

 

Antara resipi istimewa yang direkomendasi adalah Martabak Jagung Keju (tebal), Lotus Biscoff (tebal) dan Sapi iaitu martabak telur garing dengan daging lembu, bawang dan daun bawang.

 

 

Tetangga Kita turut menyajikan minuman sejuk seperti Cold Brew Latte yang diperbuat daripada biji kopi Ethiopian Yirgacheffe yang dibru sejuk dengan susu dan sedikit gula Melaka.

Dalam pada itu, sempena menghargai jasa petugas barisan hadapan, Tetangga Kita memperkenalkan bungkusan makanan terbaharunya, 'To all our frontliners, Makasih Ya.'

 

Untuk itu, mereka telah berkerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), The Hope Branch yang akan menyumbangkan sebahagian daripada hasil jualan keseluruhan kempen kepada NGO tersebut yang diasaskan oleh selebriti, Harith Iskandar. Ia dijadualkan berlangsung selama tiga bulan berakhir pada Februari ini.

Para pelanggan boleh membuat pesanan melalui https://tetanggakita.oddle.me/en_MY/ atau aplikasi rakan penghantaran makanan Grab Food, Food Panda dan Oddle.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca