Tak ramai individu obes mahu ikut program turunkan berat badan. Lelaki paling malas berbanding wanita

KEGEMUKAN atau obesiti merupakan penyakit kronik yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 

Menurut laporan sumber sahih, separuh daripada populasi dewasa di Malaysia dilaporkan mengalami berat badan berlebihan. 

Penyelidikan yang dijalankan di England antara tahun 2007 hingga 2020 pula menyaksikan kira-kira 1.8 juta orang direkodkan mengalami masalah serupa. 

Kemelut tersebut akan membawa kesan buruk kepada kesihatan, sekali gus menyumbang kepada penyakit serius seperti jantung dan diabetes. 

Baca juga:Masalah obesiti ada kaitan dengan telinga tersumbat? Berikut kata pakar

SUMBER Andres Ayrton daripada PEXELS.

Seseorang yang obesiti perlu menjalani rutin penurunan berat badan yang berkesan. 

Mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar supaya rejim diet yang diambil berkesan. 

 

Pun begitu, kajian mendapati, hanya 3.1 peratus daripada mereka yang obes dirujuk kepada program penurunan berat badan.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal PLOS Medicine itu melihat program berasaskan komuniti seperti kelas pelangsingan badan dan rujukan kepada pakar diet.

SUMBER Andres Ayrton daripada PEXELS.

KELAS PELANGSINGAN BADAN

Penemuan terkini yang dilaporkan oleh Mail Online itu juga mendapati lelaki yang mendapatkan khidmat kelas pelangsingan adalah 31 peratus lebih rendah berbanding wanita.  

“Golongan itu mungkin kurang mendapatkan khidmat untuk menangani diet dan kecergasan kerana mereka enggan membincangkan berat badan mereka. 

“Pesakit yang tinggal di kawasan luar bandar juga 16 peratus lebih kurang mendapatkan bantuan tersebut berbanding mereka yang mempunyai kemampuan,” kata kajian tersebut. 

SUMBER Cottonbro Studio daripada PEXELS.

Mereka mungkin tercicir daripada program-program pengurusan berat badan kerana kurangnya kumpulan pengurusan berat badan. 

Sementara itu, Dr Karen Coulman yang mengetuai kajian tersebut berkata, sesetengah profesional kesihatan juga tidak membangkitkan kesedaran berkenaan masalah kegemukan tersebut. 

Iklan

Baca juga: ‘Kuah banjir’ punca obesiti, 5 fakta wanita wajib tahu

Baca juga: Asma: Wanita lebih berisiko maut berbanding lelaki. Kaum Hawa juga sukar nak kawal penyakit disebabkan hal ini…

Justeru, lebih banyak doktor berpengalaman diperlukan untuk bercakap tentang obesiti. 

SUMBER Anna Shvets daripada PEXELS.

“Mereka juga tidak boleh bergantung dengan program diet dan senaman online sahaja. 

“Ia mungkin bukan pilihan mereka yang lebih tua yang mahukan bimbingan secara bersemuka,” katanya.

Iklan

Seperti yang kita tahu, obesiti memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan jika dibiarkan.

Oleh itu, SinarPlus sarankan supaya kita menjaga permakanan dan bersenam secara berkala supaya dapat mengelak daripada mengalami masalah kegemukan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang