Tak ramai suka dada ayam, jom masak menu goreng kunyit

Tak ramai makan bahagian dada ayam, apa kata cuba goreng kunyit mudah ini
Tak ramai makan bahagian dada ayam, apa kata cuba goreng kunyit mudah ini
A
A
A

AYAM merupakan sumber protein menjadi pilihan ramai khususnya golongan yang sedang diet bagi menurunkan berat badan secara sihat.

Pun begitu, jika dibandingkan bahagian dada ayam kurang disukai ramai berbanding paha, kepak, kaki leher.

Mungkin kerana bahagian itu mempunyai isi daging banyak, walhal ia mengandungi tinggi kandungan protein dan rendah kalori.

Justeru bagi mereka yang kurang gemar untuk menikmati bahagian tersebut, mungkin boleh mencuba menu mudah ayam goreng kunyit untuk memikat selera.

Lebih-lebih dinikmati bersama nasi putih panas dan sambal kicap.

Bahan-bahan:

- 2 ketul dada ayam (dipotong kecil)

- 1 sudu besar tepung serbaguna (boleh tambah sesudu lagi jika mahu lebih garing)

- 1 sudu besar serbuk kunyit

- 1 sudu besar serbuk kari

- 1 sudu kecil garam

- 1 biji bawang merah (dihiris tebal)

- 1 inci halia (dihiris halus)

- Lada merah (dihiris halus)

- Lobak merah (dihiris halus)

- Bunga kobis

- Kacang panjang

Ringkas tapi enak, ayam sos tiram wajib dicuba Ayam masak halia juga juadah yang mudah disediakan.

Cara-cara penyediaan:

1. Gaul rata ayam yang dipotong kecil bersama tepung serbaguna, garam, serbuk kunyit dan serbuk

kari.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam. Jika ayam melekat biarkan seketika.

3. Tunggu ayam sedikit garing, kemudian lerai-leraikan isi ayam yang melekat tadi.

Cuba juga 3 jenis sambal petai membuka selera. Walau berbau kuat, jadi pujaan ramai

4. Goreng sehingga ayam garing. Kemudian, masukkan sayur lobak dan bunga kobis.

5. Seterusnya masukkan bahan lain dan goreng sehingga masak.

6. Angkat dan toskan minyak.

7. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Nina Mahdar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca