Tak rugi bagi siapa yang suka makan buah mangga!

Tak rugi bagi siapa yang suka makan buah mangga!
Tak rugi bagi siapa yang suka makan buah mangga!
A
A
A

BOLEH dikatakan hampir setiap rumah ada pokok mangga. Selain daripada buahnya yang sedap dimakan, proses menanam dan menjaganya bukan susah pun. Bertuahlah bagi yang ada tanah dan boleh tanam pokok mangga ini.

Buah mangga ini juga banyak khasiatnya. Jadi tak rugi bagi siapa yang suka makan buah mangga.

1. Baik untuk kesihatan jantung

Manga memunyai mikronutrien seperti magnesium, kalium dan kalsium. Nutrien magnesium dan kalium dapat membantu dalam mengelalkan kadar degupan jantung kepada normal.

2. Baik untuk penghadaman

Buah mangga ini kaya dengan air dan serat. Justeru ia dapat membantu sistem pencernaan anda sekali gus menghalang daripada berlakunya cirit-birit dan sembelit.

3. Baik untuk kulit dan rambut

Buah mangga ini kaya dengan vitamin C di mana vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen. Manakala kolagen pula adalah nutrien semula jadi yang dihasilkan oleh badan untuk menyihatkan kulit dan rambut.

4. Baik untuk mata

Buah mangga turut mengandungi antioksida untuk kesihatan mata iaitu lutein dan zeaxantin. Antioksida ini dapat melindungi mata dari penyakit katarak.

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: jiwasihat. Com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca