TIDAK hanya terkenal dengan industri ekopelancongan, Sekinchan yang terletak di daerah Sabak Bernam, Selangor juga popular dengan kulinari rare.

Mana tidaknya, kawasan perairan tersebut tersohor dengan hasil laut unik seperti mentarang dan belangkas.

Padanlah pekan kecil itu menjadi antara destinasi persinggahan pelancong lokal dan luar negara hampir saban minggu untuk menikmati juadah berkenaan.

Antara lokasi makan-makan yang ramai syorkan adalah di Restoran AZR Mentarang Fresh di Lot 8659C, Jalan Parit 8, Kampung Sungai Leman.

sekinchan

Bukan saja viral dengan menu mentarang masak lemak cili api dan mentarang bakar, premis yang diusahakan oleh Mohd Azrol Azreen Abu Hasan juga dikenali dengan telur belangkas.

Anak jati Sekinchan itu memberitahu, olahan resipi keluarga menjadi penyedap rasa bagi setiap masakan yang ditawarkan.

sekinchan

“Pes masak lemak cili api yang kami jual memang lain daripada lain. Selain kuahnya pekat dan likat, rasa pedas, manis serta masam memang seimbang.

“Bukan setakat mentarang, telur belangkas pun sedap dimasak lemak cili padi. Rasanya memang kaw,” katanya yang menjual set belangkas pada harga RM40.

Untuk sajian berasaskan masak lemak cili api, kata bekas anggota polis itu, beliau memerlukan sebanyak 20 kilogram (kg) santan segar setiap hari.

 

Kata Mohd Azrol Azreen ketika dihubungi, mentarang celup tepung pun menjadi hidangan yang paling banyak ditempah setiap hari.

“Isi mentarang segar ini kami asingkan dan bersihkan sebelum dibubuh dalam adunan tepung istimewa.

“Pastikan minyak betul-betul panas supaya salutan tepung tak tertanggal dan paling penting, isi mentarang masak sempurna,” tuturnya.

sekinchan

Justeru, bagi memenuhi permintaan yang tinggi untuk mentarang mendorong usahawan berusia 35 tahun itu mendapatkan bekalan sebanyak 400kg untuk tempoh seminggu.

Baca juga Syurga makanan laut segar halal di Sekinchan, port makan-makan ini wajib dikunjungi sempena cuti hujung tahun

“Bekalan mentarang segar saya selalunya akan dapatkan daripada peraih tempatan. Kebanyakan hasil laut itu mudah didapati di kawasan perairan sini saja.

sekinchan

“Manakala stok belangkas pula diperlukan 300 ekor seminggu. Jadi, selain bekalan orang kampung, saya perlu dapatkan tambahan dari Kuala Gula, Bagan Serai, Perak,” ujarnya.

BANYAK PILIHAN

Bagi memberikan banyak pilihan kepada pengunjung, Mohd Azrol Azreen juga menawarkan lebih 50 hidangan makanan laut dan lebih 50 jenis minuman.

Antara menu lain yang boleh kalian cuba jika plan untuk bertandang ke sana seperti ikan jenahak masak asam pedas, pepahat masak sambal, mentarang goreng tepung dan siakap tiga rasa.

sekinchan

Iklan

Jika mahukan suasana lebih santai dan ruang yang luas, orang ramai disarankan untuk singgah ke Laman Buluh AZR Mentarang yang kini menjadi cawangan ketiga.

“Lokasi ini lebih selesa dengan dekorasi buluh hiasan. Kawasan pun lebih besar untuk mereka yang datang dengan famili yang ramai,” saran Mohd Azrol Azreen.

Baca juga Jika ke Melaka jangan lupa singgah 20 tempat best ini. Padu betul sajiannya

Perkongsian Diyana Mukhayadi di akaun Facebook juga berkongsi reviu yang best terhadap kunjungan beliau buat kali kedua ke Restoran AZR Mentarang Fresh.

sekinchan

“Port ni dah dua kali sis datang. Memang onz. Kalau nak try menu rare belangkas dan mentarang pun ada.

“Paling favourite mentarang celup tepung dan pepahat masak lemak cili api. Ada option untuk yang alergik tak boleh makan seafood, boleh pilih ikan,” tulisnya.

Meskipun bentuk hidupan laut itu agak pelik, namun ramai yang suka menikmati sajian eksotik berkenaan.

Iklan

sekinchan

Jadi, apa kata kalian? Kalau teringin nak cuba semua lauk yang ditawarkan, bolehlah berkunjung ke sana.

Berikut info ringkas mengenai Restoran AZR Mentarang Fresh:

Restoran AZR Mentarang Fresh
Alamat: Lot 8659C, Jalan Parit 8, Kampung Sungai Leman, Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor
Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam
Facebook: Azr MentarangFresh Sekinchan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang