KEPADA anda yang sejenis memang menjaga kesihatan dan mementingkan makanan berkonsepkan organik, Signature Market adalah jawapannya.

Signature Market adalah pasaran dalam talian pertama di Malaysia yang menumpukan kepada produk semula jadi dan organik.

Mereka menawarkan lebih daripada 500 produk dan hanya menggunakan ramuan yang terbaik bagi menghasilkan pelbagai produk sihat. Menariknya, harga yang dijual juga mampu milik.

Misi utama jenama tersebut adalah menggalakkan pengguna menjalani kehidupan yang lebih sihat, gaya hidup yang seimbang, selaras dengan tema perayaan ulang mereka tahun ini #TheCodeOfLove.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama Signature Market, John Cheng berkata, Signature Market yang diasaskan pada tahun 2014 telah menjadi jenama FMGC yang makin pesat berkembang di Malaysia dalam industri kesihatan dan kesejahteraan.

Bermula dengan perniagaan dalam talian e-dagang yang asalnya menumpukan kepada produk makanan organik dan makanan ringan semula jadi, kini jenama tempatan itu telah berkembang maju dengan membekalkan pelbagai rantaian produk semula jadi dan organik sehinggalah kepada barangan keperluan harian di seluruh Asia Tenggara,” katanya.

Pada tahun ini, mereka telah merancang untuk memperluaskan lagi kilang pengeluaran tempatannya bagi memenuhi peningkatan permintaan produk sihat di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, John berkata, Signature Market bukan hanya sekadar syarikat jenama makanan sihat, ia juga merupakan satu platform bagi pasukannya mengembangkan lagi kreativiti dan merupakan satu tempat untuk masyarakat mendapatkan pilihan makanan serta gaya hidup lebih sihat pada harga yang berpatutan.

“Kejayaan kami didorong oleh sokongan pengguna yang sentiasa membantu menaikan jenama kami dan minda progresif ketua pasukan kami yang sentiasa memberikan dorongan dan berusaha untuk menjadikan Signature Market lebih kuat,” katanya.

Untuk pengetahuan anda, team Signature Market juga rata-ratanya berusia hanya 26 tahun.

Iklan

Sebagai contoh, Pengurus Besarnya, Jeffrey Tem telah memulakan kerjayanya bersama Signature Market sebagai pelatih industri pada tahuh 2014.

Kini, beliau bertanggungjawab menguruskan unjuran pendapatan dan mahir mengendalikan operasi syarikat dengan lancar.

Semangat yang sama turut sama dilihat dalam diri Ketua Pembangunan Produk yang masing-masing hanya berusia 24 dan 25 tahun.

Mereka bersemangat memimpin pasukan penyelidikan dan pembangunan makanan ringan sihat dan barangan keperluan berinovatif yang merangkumi pengembangan jenama subsidiari utama Signature Market iaitu Plant Origins dan ciptaan terbaru jenama itu, Gratitude Journal.

Iklan

Justeru, bersempena dengan ulang tahun ke-7, Signature Market menganjurkan kempen eksklusif #TheCodeOfLove di laman media sosial mereka.

Macam biasa, terdapat pelbagai hadiah menarik yang ditaja oleh rakan rasmi seperti Boost, Nescafé Dolce Gusto, Shiseido, Junandus dan Kuvings.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Signature Market di Instagram, Facebook, YouTube atau laman web https://www.signaturemarket.co/my/marketplace/