Tak tahu nak pilih mana satu, tiga koleksi beg tangan Tocco Toscano memang buat rambang mata

A
A
A

Tak tahu nak pilih mana satu, tiga koleksi beg Tocco Toscano memang buat rambang mata

MENGAMBIL inspirasi dari landskap yang indah dan warisan artistik yang unik di Tuscany, Itali, jenama Tocco Toscano memperkenalkan tiga koleksi baharu mereka.

Ia terdiri daripada Dolce Vita, Mezzaluna Chic Series dan Bella Lusso Series.

Himpunan Dolce Vita merupakan gabungan warna pastel yang sesuai untuk ibu-ibu moden yang mementingkan keanggunan dan pesona.

Antara yang boleh digayakan ialah beg Twilly Willy Bucket berwarna merah jambu dan biru pastel dengan sentuhan moden. Item ini sesuai dipadankan dengan selendang kecil.

Untuk Mezzaluna Chic pula, Tocco Toscano mengetengahkan beg jenis hobo. Terdapat pilihan warna merah, biru, kuning dan hijau muda.

BACA JUGA: Beg tangan paling kecil! Halus daripada sebutir garam dijual pada harga RM298,413

BACA JUGA: Beg kayangan, harga mampu milik. SELLECTION mahu bantu wanita tampil bergaya, bukan sekadar menjual saja

Menariknya, tas tangan tersebut turut disertakan dengan aksesori pelengkap berona emas, sekali gus menghasilkan reka bentuk yang sofistikated dan elegan.

Sementara itu, koleksi Bella Lusso mewarnai pilihan beg dengan reka bentuk yang klasik, namun bersahaja.

Sebagai contoh, beg tangan silang Demure Flap Top Handle dan Monotone Structured Beauty Handbag akan menampakkan pemakainya lebih versatil dan santai.

Ia juga cukup praktikal dengan di bahagian dalamnya terdapat beberapa slot penyimpanan dan sememangnya didedikasikan khas untuk wanita yang sentiasa sibuk dengan kerjaya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca