Takoyaki versi tauhu. Rupanya lagi sedap dan menjimatkan. Jom cuba buat

A
A
A

RAMAI yang suka makan takoyaki.

Street food tersebut kini sudah menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Jika beli di pasar malam, memang tak cukup satu.

Kalau nak buat sendiri memang ambil masa lama dan perlu peralatan khas.

Apa kata cuba buat resipi yang hampir sama iaitu tahuyaki.

Bentuknya seakan-akan takoyaki tetapi dihasilkan daripada bahan berasaskan tauhu.

Rasanya juga hampir sama. Cuma, resipi itu lebih mudah disediakan kerana tidak memerlukan pekakas khusus.

 

Untuk peminat makanan berasal dari Jepun itu, anda wajib cuba resipi tersebut.

Berikut SinarPlus kongsikan resipi yang dimuat naik seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Lisa Aisha.

Baca juga: Rangup & garing, jom cuba resipi lauk pantang bawang ikan bilis, buang angin & panaskan badan

RESIPI TAHUYAKI

Bahan-bahan

Tauhu poh [BELI DI SINI]

Sosej  [BELI DI SINI] atau crab stick [BELI DI SINI] (boleh digantikan dengan inti lain)

Sos takoyaki [BELI DI SINI] atau sos okonomiyaki [BELI DI SINI]

Mayonis [BELI DI SINI]

Sos cili [BELI DI SINI]

Bonito flakes [BELI DI SINI]

Serbuk seaweed [BELI DI SINI]

Baca juga: Ubah selera anak-anak dengan buat homemade English Muffin. Resipi ni gerenti jadi

GAMBAR hiasan daripada CANVA.

Bahan salut

1/2 cawan tepung gandum [BELI DI SINI]

2 hingga 4 sudu besar tepung jagung [BELI DI SINI]

Garam [BELI DI SINI]

Lada putih [BELI DI SINI]

300 hingga 350 mililiter air (anggaran)

GAMBAR hiasan daripada CANVA.

Cara penyediaan:

1. Masukkan sosej atau crab stick ke dalam tauhu.

2. Celupkan tauhu ke dalam adunan tepung yang dibancuh cair.

3. Kemudian goreng tauhu tersebut dalam minyak yang panas.

4. Setelah itu, siramkan sedikit adunan tepung di atas tauhu. Kacau-kacaukan supaya tepung melekat pada tauhu.

5. Apabila nampak sedikit garing, ulang proses menyiram tepung untuk kali kedua. Goreng hingga garing.

6. Tuang sos dan mayonis pada tauhu.

7.Tabur bonito flakes dan serbuk seaweed. Sedia untuk dihidang.

Baca juga:Cucur udang gebu & rangup, ini resipi tanpa air kapur atau soda, macam orang dulu-dulu

Baca juga: Gara-gara resipi burger ala prosperity Khairul Aming, daging oblong Ramly laku keras, sold out di kedai

Melihat kepada cara penyediannya, mudah sahaja hendak disediakan.

Bolehlah mak-mak cuba buat untuk pikat selera anak-anak.

Jimat dan lebih puas makan apabila dibuat sendiri.

Selamat mencuba semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca