KEMERIAHAN sambutan perayaan Hari Raya tidak lengkap tanpa busana idaman yang ingin diperagakan. Kaum Hawa biasanya akan lebih teruja dalam mempersiapkan diri sendiri termasuk anak-anak tersayang.

Namun, apa yang paling penting pemilihan material haruslah memberi keselesaan yang maksimum, mudah diuruskan dan kalau boleh, tidak perlu digosok.

Memahami kehendak wanita era ini, jenama Audrabella menyediakan semua yang diperlukan. Bukan itu sahaja, jenama itu turut tampil dengan rekaan motif bunga yang sederhana, namun tampak elegan.

Variasi corak pilihan baju kurung ada di Audrabella.

Menurut pengasasnya, Izatulazrin Radzuan, sempena Aidilfitri kali ini, Audrabella menyediakan dua koleksi istimewa iaitu Kurung Cattleya dan Kurung Camelia.

Menerusi himpunan tersebut, terdapat tiga pilihan rekaan yang ditawarkan seperti kebaya labuh, kurung moden dan kurung Pahang. Seperti yang diminta oleh khalayak, Audrabella menggunakan material sifon crepe cetak yang antikedut dan tidak panas untuk dipakai.

“Kami amat mengutamakan kualiti dan kepuasan pengguna. Kain yang digunakan itu memang memberi keselesaan optimum dan bersesuaian dengan cuaca panas negara kita. Paling penting, ia mudah digosok sekali gus menjimatkan masa,” kata Izatulazrin.

Rekaan sedondon

Serentak dengan itu, Audrabella turut hadir dengan koleksi khas padanan sedondon buat ibu dan anak perempuan.

“Disebabkan permintaan yang terlalu tinggi sejak kebelakangan ini, kami akhirnya berjaya mengeluarkan koleksi ibu dan anak perempuan. Tawaran ini akan menjadi satu tarikan baharu buat jenama Audrabella,” ujarnya teruja.

Lahir dengan idea dan konsep kontemporari, Izatulazrin berkata, label mereka juga telah mengambil keputusan untuk menghentikan pengeluaran rekaan kebaya kosong tanpa corak.

“Ia dibuat memandangkan setiap helaian yang dijual kurang mendapat permintaan berbanding kebaya cetak,” katanya.

Justeru, pada lebaran kali ini, variasi warna pastel dengan corak bunga bersaiz sederhana menjadi taruhan. Begitu juga dengan rona terang seperti kuning mustard dan pic terang. Pilihan saiz yang ditawarkan bermula XS sehingga XXL.

Tambahan, pilihan motif bunga menjadi corak cetak sudah menjadi tanda kenal Audrabella sejak mula sekitar 2014.

Awalnya jenama tersebut hanya memasarkan kain pasang sahaja sehinggalah tahun 2019 mereka baharu memperkenalkan rekaan pakaian siap buat kaum wanita.

Ungkap Izatulazrin, semua koleksi yang diketengahkan sebenarnya boleh digayakan pada acara tertentu termasuk melaram di pejabat.

Iklan

“Maklum balas diterima nyata memberangsangkan terutama daripada mereka yang berkhidmat dalam sektor awam. Rekaan yang tidak terlalu ketat membolehkan mereka bergerak ke sana ke sini dengan mudah,” tutur beliau.

Kepada yang berhijab, jangan risau, Audrabella menjual pelbagai pilihan tudung dan selendang segera.

“Kami juga mempunyai kaftan dan blaus satin rona pastel seperti coklat, biru serta ungu lembut bermula daripada saiz S hingga XL,” katanya.

Bagi memperluaskan skop perniagaan, wanita penuh wawasan itu menyasarkan untuk menghasilkan pelbagai pilihan busana buat semua golongan.

“Bermula dengan baju kurung buat si ibu, manakala baju Melayu buat bapa, rekaan sedondon dewasa dan kanak-kanak akan diperkenalkan.

Iklan

“Setiap tahun kami sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk berkualiti yang bersesuai dengan cita rasa semua,” ujarnya yang galak bercerita tentang perancangan masa depan jenamanya.

Bagi yang ingin mendapatkan koleksi Audrabella, boleh berkunjung Street Mall Bangi Gateway atau laman e-dagang, Shopee.

INFO
Jenama: Audrabella
Pengasas: Mohd Mu’az Mohamed Nyan & Izatulazrin Radzuan
Koleksi: Kurung Cattleya & Kurung Camelia
Harga: RM159 & RM139
Alamat butik: D-1-03A, Street Mall Bangi Gateway
Media sosial:
Instagram : audrabella.co
Facebook : Audrabella
Website : www.audrabella.com
Shopee : Shopee.com.my/audrabella

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI