'TAVI buat saya lebih cergas, beri saya peluang kedua untuk hidup'               

No Image Caption
A
A
A

"Alhamdulillah, sekarang pakcik rasa lebih cergas dan boleh bergerak lebih jauh berbanding dahulu".

Itulah reaksi segera seorang pesakit jantung yang pernah menjalani rawatan Implantasi Injap Aorta Transkatheter (TAVI) pada tahun lalu.

Kamis Mohammad, 78, atau membahasakan dirinya sebagai pakcik ketika berbual dengan SinarPlus berkata, sudah bertahun-tahun lamanya beliau sengsara akibat masalah injap jantung.

Kemudian, seorang pakar kardiologi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur telah mengesyorkannya agar menjalani rawatan TAVI.

Kamis didiagnos berdepan dengan masalah komplikasi pada injap tricuspid dan jantungnya gagal berfungsi dengan baik.

"Sudah 25 tahun pakcik berulang-alik ke hospital. Alhamdulillah, pada bulan Ogos tahun lalu, pakcik berpeluang menerima rawatan tersebut di hospital berkenaan," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Akui Kamis, rawatan TAVI secara keseluruhannya mencecah RM110,000.

"Selama dua tahun lamanya pakcik berhempas-pulas mencari dana untuk tanggung kos yang besar. Alhamdulillah, sebagai bekas tentera suatu ketika dulu, kos berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

"Apa yang boleh pakcik kongsi, proses rawatan ke atas pakcik sedikit lama berbanding pesakit lain iaitu lebih kurang tiga jam berbanding tempoh standard (kira-kira 30 minit)," katanya.

Ditanya apakah perubahan ketara yang dirasai selepas itu, warga emas itu mengakui tubuh badannya makin sihat.

"Syukur sangat, pakcik rasa sudah boleh melakukan kerja-kerja yang ringan, bergerak aktif gaya orang tua (ketawa). Memang benar, rawatan tersebut sangat membantu walaupun kosnya agak mahal. Pakcik rasa bagai diberi peluang kedua untuk hidup," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca