Tawaran luar biasa menanti pembeli varian Volvo sedan terbaharu

A
A
A

SEMPENA sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia, Volvo Car Malaysia menganjurkan Kempen Merdeka Volvo 2020 dengan memperkenalkan tiga jentera sedan keluaran terbaharunya.

Ia terdiri daripada Volvo S60 T8 R-Design, Volvo S90 T8 Inscription Plus dan Volvo S90 T8 Edisi Khas yang ditawarkan dengan pakej istimewa.

Bukan sahaja diberikan insurans percuma untuk tahun pertama, pengguna juga bakal memiliki pakej optimum polestar dan servis penyelenggaraan selama tempoh lima tahun percuma (VSA5+).

volvo

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain berkata, pihaknya berharap kempen tersebut akan mendorong rakyat Malaysia untuk mempertimbangkan faedah tambahan yang ditawarkan selain memiliki sebuah kereta selamat dan berkuasa.

“Sebagai jenama jentera automotif dikenali, kami komited untuk terus menambah baik ciri keselamatan dan memperkenalkan inovasi berterusan demi pemanduan efisien, berdaya saing pada tahap premium,“ katanya.

volvo

Nalin menambah, jalinan kerjasama bersama Thule Malaysia juga membolehkan pemilik kunci Volvo menerima hadiah Thule Subterra PowerShuttle Organizer bernilai RM119 selain diskaun 15 peratus untuk kesemua barangan jenama itu.

Apa yang perlu dibuat? Hanya tunjuk sahaja kunci kereta dan berbelanja di Thule Malaysia. Tawaran berakhir hingga Disember depan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Merdeka Volvo 2020, layari http://bit.ly/VolvoMY-salesoffers atau ikuti Facebook  Volvo Car Malaysia http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca