Honda City Hatchback RS dengan pilihan petrol, reka bentuk luaran diperbaharui lebih panjang dan puas hati

No Image Caption
A
A
A

PENGENALAN Honda City Hatchback Serba Baharu dengan pilihan petrol versi RS akhirnya melengkapkan lima barisan model hatchback jenama terkemuka itu untuk pasaran lokal.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, pihaknya menyasarkan untuk jualan 900 unit City Hatchback baharu bagi tempoh sebulan.

“Kami yakin pelancaran model terbaharu ini akan dapat menarik perhatian, sekali gus mencapai satu lagi kejayaan jualan pada tahun akan datang.

No Image Caption

“Ini kerana pada suku pertama 2024, kami sudah mencapai rekod jualan lebih 21,500 unit iaitu peningkatan hingga 23 peratus dan ia menunjukkan permulaan tahun yang baik bagi Honda,” katanya.

Justeru, pihaknya teruja memperkenalkan City Hatchback terbaharu yang diyakini mampu mengatasi jangkaan peminat versi RS untuk rangkaian kuasa petrol.

No Image Caption

Berikut antara lain spesifikasi yang ditawarkan Honda City Hatchback Serba Baharu:

  • Jeriji hadapan honeycomb yang direka bentuk baharu, gril hadapan bawah, lampu kabus hadapan LED dan bamper bawah belakang.
  • Varian Petrol RS dan e:HEV RS lebih panjang dengan reka bentuk luaran yang diperbaharui berukuran 4,369 milimeter (mm) panjang, manakala varian S, E dan V adalah 4,350mm panjang.

No Image Caption

  • Versi hibrid City Hatchback baharu dikuasakan rangkaian kuasa 1.5L e:HEV yang menghasilkan 109PS dan tork 253Nm.
  • Varian e:HEV RS lengkap dengan Deceleration Selector Paddle yang membolehkan pemandu menjana semula kuasa dan memperlahankan kenderaan.
  • Varian petrol dilengkapi dengan 1.5L DOHC i-VTEC yang memberikan 121PS output maksimum dan tork 145Nm.

No Image Caption

  • Varian Petrol RS dan e:HEV RS dilengkapi paparan audio 8 inci dengan ketersambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto serta kluster meter TFT 7 inci.
  • Semua varian City Hatchback baharu dilengkapi ciri keselamatan seperti enam beg udara dan Walk Away Auto Lock, manakala varian V dan RS juga dilengkapi dengan Honda LaneWatch untuk meningkatkan penglihatan bagi titik buta.

No Image Caption

Honda City Hatchback (atas jalan tanpa insurans) dengan pilihan varian S dijual pada harga bermula RM85,900 diikuti varian E (RM90,900), varian V (RM95,900), varian Petrol RS dijual pada harga bermula RM100,900 dan varian e:HEV RS (RM112,900).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang