Kamera tanpa cermin bingkai penuh versi terbaharu, lengkap sistem pemprosesan imej terpantas

No Image Caption
A
A
A

CANON Marketing Malaysia baru-baru ini memperkenal kamera tanpa cermin bingkai penuh, EOS R1, sekali gus melengkapkan barisan kamera flagship, EOS R untuk pasaran lokal.

Lagi mengagumkan, ia tampil dengan sistem pemprosesan imej dan autofokus baharu yang baharu, selain menetapkan standard baharu dalam era digital.

Ketua Bahagian Perniagaan Komunikasi Imej, Canon Marketing Malaysia, Edward Chang berkata, pihaknya sedang melakar era baharu untuk memperkasakan ekpresi visual tanpa tandingan.

“Selama lebih lima dekad, kamera profesional siri 1 Canon telah berkembang secara konsisten, seterusnya menetapkan piawaian untuk kemajuan teknologi dan memenuhi keperluan industri yang sentiasa berubah,” katanya.

No Image Caption

Selain memiliki kelajuan terpantas untuk pemprosesan imej dipercepatkan dengan kuasa sensor CMOS, ia juga dilengkapi teknologi peningkatan dalam kamera (In-Camera Upscaling) yang unik.

Berikut antara lain kelebihan EOS R1:

No Image Caption

  • Mod Action Priority AF mengesan gerakan penting seperti menembak, menghantar dan menanduk khusus untuk bidikan acara sukan.
  • Boleh merakam letupan berkelajuan tinggi hingga 40 fps dengan pengatup elektronik, penangkapan senyap hingga 12 fps (pengatup tirai pertama mekanikal dan elektronik).

  • Dilengkapi dengan penangkapan praberterusan untuk pegun dan prarakaman untuk video.

Untuk informasi lanjut, layari https://my.canon/en/consumer.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang