Ciri pembatalan bunyi pintar, ini pilihan fon telinga tanpa wayar terbaharu OPPO pada harga bajet

No Image Caption
A
A
A

PENGENALAN OPPO Enco Air4 Pro dengan ciri pembatalan bunyi pintar menjadi antara pilihan terbaik untuk mereka yang sedang mencari fon telinga tanpa wayar pada harga bajet.

Jenama itu dalam satu kenyataan memberitahu, reka bentuk moden, kualiti bunyi yang lebih mantap dan jangka hayat tahan lama antara kelebihan lain ditawarkan kepada pengguna.

“Paling penting, fitur baharu tersebut mampu meningkatkan pengalaman mendengar secara keseluruhan dengan audio yang diselaraskan dengan sempurna.

No Image Caption

“Dilengkapi dengan tiga mikrofon seni bina double-fed, ia menawarkan ciri pembatalan bunyi aktif ultra lebar, mencapai kedalaman 49dB dan meliputi julat yang luas sehingga 4000Hz,” kata label itu.

Berikut antara spesifikasi lain OPPO Enco Air4 Pro:

No Image Caption

i) Mencapai pensijilan TÜV Rheinland untuk prestasi pembatalan bunyi bertaraf tinggi.

Artikel Berkaitan:

ii) Ciri pembatalan bunyi pintar untuk pelbagai situasi dapat mengesan bunyi ambien masa nyata dan menyesuaikan pembatalan bunyi mengikut persekitaran pengguna melalui analisis algoritma pintar.

No Image Caption

iii) Lengkap mod ketelusan yang membolehkan pengguna kekal peka terhadap persekitaran mereka tanpa menanggalkan fon telinga.

iv) Pemacu ekstra besar 12.4mm dan codec Bluetooth LHDC 5.0 yang disahkan oleh Hi-Res Audio.

v) Hayat bateri hingga 44 jam untuk bermain muzik semula dan hingga 12 jam untuk fon telinga sahaja.

vi) Berat hanya 4.4 gram dan diberi penarafan antihabuk dan kalis air.

No Image Caption

Tersedia dengan pilihan warna hitam dan putih. Tawaran harga bermula RM399 dan untuk maklumat lanjut, layari https://www.oppo.com/my/accessories/enco-air4-pro/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang