Kenderaan elektrik, hibrid dan motosikal berkuasa tinggi menjadi trend masa kini

No Image Caption
A
A
A

PEMILIHAN kenderaan yang ingin diguna pakai secara harian mahu pun untuk mengembara jarak jauh memerlukan penelitian. Tambahan pula, jika ia melibatkan bajet yang besar. Di sini, ada beberapa pilihan yang boleh anda masukkan dalam senarai.

Leapmotor C10

No Image Caption

KEHADIRAN kereta elektrik yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di negara ini menjadikan pemilihan orang ramai lebih sukar. Bukan sahaja bentuk yang lebih kurang sama malah harga juga tidak jauh bezanya.

Namun, dalam kes Leapmotor C10, daya tarikannya terletak pada saiz, ruang, dan kepraktisan dengan fokus yang lebih kepada keluarga. Ia bertujuan untuk menarik minat pembeli yang mencari ciri-ciri sedemikian untuk kegunaan harian mereka.

Dilancarkan pada Oktober lalu, SUV lima tempat duduk ini adalah kenderaan boleh dipertimbangkan bagi mereka yang suka kepada ruang besar.

Berdimensi 4,739 mm panjang, 1,900 mm lebar, dan 1,680 mm tinggi mungkin boleh menjadi satu tarikan untuk orang ramai memilih model ini.

Kuasa disediakan oleh bateri lithium ferum fosfat (LFP) 69.9 kWh, yang menawarkan C10 jarak pemanduan sehingga 424 km mengikut penilaian WLTP dengan sekali cas.

Triumph Tiger Sport 800

No Image Caption

ADAKALANYA anda suka untuk mencari ketenangan dengan memandu jarak jauh sama ada bersendirian mahu pun bersama keluarga.

Jika seorang diri, lebih seronok menunggang motosikal berkuasa besar.

Boleh juga membuat kumpulan bersama rakan-rakan untuk perjalanan sehala.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba pengalaman ini, jenama Triumph di Malaysia telah memperkenalkan Tiger Sport 800 serba baharu.

Model itu didatangkan dengan enjin tiga silinder yang bersesaran 798cc, DOHC dengan sistem penyejuk cecair.

Enjinnya bertransmisi 6-kelajuan yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 115PS pada 10,750rpm dan tork 84Nm pada 8,500rpm.

Antara kelengkapan sistem elektronik yang ada termasuklah Optimised Cornering ABS, Traction Control, Triumph Shift Assist, Bluetooth, Cruise Control dan tiga mod tunggangan (Rain, Sport & Road). Semua ciri-ciri tersebut pasti memberikan anda kepuasan dalam dunia pengembaraan.

BMW R 12

No Image Caption

BMW R 12 serba baharu menggabungkan warisan klasik dengan inovasi moden. Koleksi kali ini menawarkan pengalaman menunggang yang mencerminkan semangat #MakeLifeARide.

Melambangkan dedikasi BMW Motorrad terhadap evolusi, model roadster Heritage ini menampilkan enjin ikonik R boxer, memberikan kawalan yang lancar dan responsif sama ada di lebuh raya mahupun di jalan berliku di luar bandar.

Reka bentuknya yang diinspirasikan oleh gaya retro dipadankan dengan teknologi canggih, menjadikannya motosikal pilihan utama untuk penunggang yang menghargai pesona klasik serta keseronokan dalam inovasi.

Cruiser Heritage serba baharu kini ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM119,500.

Camry XV80

No Image Caption

WALAUPUN kereta elektrik SUV menjadi pilihan terkini namun peminat setia model sedan masih setia menanti kehadiran model baru di pasaran.

Sudah pun dirasmikan di pasaran Thailand dan Singapura, Toyota Camry generasi ke-9, Camry XV80 akhirnya akan menembusi pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Camry XV80 merupakan model yang dikemaskini secara ketara daripada generasi XV70.

Ia dinaik taraf dengan reka bentuk luaran dan dalaman yang terkini serta beberapa penambahbaikan dari segi pemanduan.

Selain hibrid, Camry XV80 turut ditawarkan dalam versi petrol sepenuhnya. Ia menggunakan enjin petrol Dynamic Force 2.0 liter atau 2.5 liter.

Reka bentuk luaran di hadapan yang serba moden signatur jerung hammerhead seperti model Prius baharu. Ia memberikan aura ‘garang’ dengan sekali pandang. Berdimensi 4,920 mm panjang, 1,840 mm lebar, 1,455 mm tinggi dan jarak roda sejauh 2,825 mm.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang