TELEFON adalah alat yang pertama dan terakhir yang kebiasaannya kita akan sentuh setiap hari. Ini juga bermakna melalui sentuhan yang kerap sepanjang hari, berkemungkinan besar organisma atau virus yang tidak dapat dilihat mampu membiak dengan mudah.

Menurut kajian profesor mikrobiologi di University of Arizona, Dr Charles Gerba, sentuhan yang berterusan juga menyebabkan telefon rata-rata membawa 10 kali lebih banyak bakteria berbanding kebanyakan tandas.

Tambahan pula sejak pandemik Covid-19 yang melanda dunia, orang ramai kini lebih berhati-hati dan dinasihatkan untuk sentiasa mencuci tangan bagi mengurangkan menularan sekali gus mengelakkan jangkitan wabak tersebut.

Oleh itu, sebuah syarikat pengeluar peranti di United Kingdom, Bullitt telah memperkenalkan telefon bimbit yang boleh dicuci dan juga bersifat antibakteria pertama kali seumpamanya di dunia.

Peranti canggih yang telah diberi nama CAT S42 dibangunkan di bawah jenama Caterpillar juga dijual pada harga mampu milik.

CAT S45 turut dilengkapi ciri IP68 yang menjadikannya kalis debu dan air yang membolehkannya dicuci.

Telefon bersifat antibakteria pertama di dunia, pilihan utama si ibu buat anak kecil

Sementara itu, ia juga akan dilengkapi dengan perlindungan tambahan mulai tahun hadapan menerusi teknologi antimikrobial Biomaster yang dikatakan mampu menghentikan penyebaran kuman.

Ternyata ia direka mengikut kesesuaian keadaan semasa terutama ketika musim Covid-19 yang belum sudah.

Iklan

Namun, teknologi itu bukanlah membunuh bakteria atau virus sepenuhnya, tetapi ia dapat mengurangkan jumlah bakteria pada tangan pengguna sehingga 80 peratus dalam tempoh 15 minit atau sehingga 99.9 peratus untuk tempoh 24 jam.

Itu juga sudah mencukupi sebagai salah satu langkah pencegahan. Betul tak?

Iklan

Telefon bersifat antibakteria pertama di dunia, pilihan utama si ibu buat anak kecil

“Inovasi rekaan terbaharu ini sangat penting bagi pelanggan kami yang bekerja di sektor kesihatan atau mereka yang banyak bergerak yang mana hari ini rata-rata daripada kita perlu menjaga jarak sosial.

“Penambahan perlindungan antimikrobial ke dalam CAT S42 ini juga adalah yang pertama untuk telefon bimbit model CAT.

“CAT S42 lebih selamat bagi pengguna kerana dilengkapi ciri penting mengikut iklim semasa,” kata pihak syarikat dalam satu kenyataan.

Gajet berharga 21,600 yen (RM740) itu disasarkan kepada ibu bapa yang sentiasa ingin memastikan telefon pintar bagi kegunaan anak mereka yang masih kecil sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas kuman.

Menarik juga ciri-ciri telefon ini dan ia juga merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan!