Tempah awal sebelum penerbangan, hormat hak orang lain yang dah bayar lebih untuk ‘window seat’
RAMAI antara kita dah biasa dengan sistem pilih tempat duduk berbayar di dalam penerbangan. Sama ada tempat duduk tepi tingkap, tepi laluan atau ruang kaki luas, semuanya ada harga tersendiri.
Tapi malangnya, masih ada penumpang yang buat-buat tak tahu atau lebih tepat lagi, buat tak kisah dengan sistem ini.
Menurut perkongsian seorang wanita menerusi akaun @bellayutt_ di Thread, semasa menaiki pesawat dan mencari tempat duduk, dia ternampak seorang mak cik duduk di tepi tingkap.
Sebelah mak cik itu pula merupakan anak perempuannya. Dia bercakap dengan nada lembut kepada anak mak cik tersebut bahawa tempat duduk tepi tingkap itu miliknya. Dia telah membayar lebih untuk tempat duduk itu.
Malangnya, anak mak cik itu menjawab “Dik, kasihan dengan mak akak ni. Dia baru pertama kali naik kapal terbang. Teringin sangat duduk di situ," katanya.
Namun, wanita tersebut bertegas mahu tempat duduknya semula. Perkara itu menyebabkan mereka tidak bertegur sapa. ‘Drama’ itu juga dilihat oleh penumpang lain yang memandang serong padanya.
Insiden berkenaan mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata mereka semua menyokong tindakan wanita itu.
Kita dah bayar lebih untuk duduk tepi tingkap mungkin sebab nak ambil gambar, tidur lebih selesa atau sekadar tak suka diganggu orang lalu-lalang.
Tetapi tiba-tiba datang seseorang, kadang-kadang bawa anak kecil atau ibu tua dan minta kita tukar tempat duduk dengan alasan ‘anak saya nak tengok luar’ atau ‘mak saya lebih selesa duduk sini.’
Permintaan sedemikian memang kedengaran sopan pada mulanya, tetapi hakikatnya ia satu bentuk ketidakhormatan terhadap hak penumpang lain.
Kita tak perlu rasa bersalah bila menolak. Bukan sebab sombong, cuma pertahankan hak kita yang sah.
Ramai yang terperangkap dalam situasi ini sebab takut dianggap tak bertimbang rasa.
Ingat, window seat bukan hak automatik sesiapa walaupun bawa anak yang comel atau mak yang uzur.
Hormatlah usaha orang lain yang rancang lebih awal dan sanggup bayar lebih.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
