Terapkan elemen Batik Malaysia dalam rekaan, konsep suai padan baju Melayu Rasta Rashid tampil kelainan. Ramai suka!

SEMODEN mana pun seseorang, tatkala menjelang Aidilfitri, pasti busana klasik Melayu menjadi pilihan.

Bukan apa, selain mengekalkan tradisi zaman berzaman, persalinan berkonsepkan era zaman dulu masih tampak elegan dan stail.

Mengetahui kehendak orang ramai, jenama terkenal tanah air, Rasta Rashid pada tahun ini tampil dengan ‘air tangan’ terbaharunya yang pasti memberi kepuasan kepada pemakainya.

Bagi memberi lagi seleksi, jenama berkenaan memperkenalkan konsep suai dan padan.

Mudah kata, kalau nak ‘matchkan’ seluar kerja atau kasual pun boleh. Tiada masalah, tetap nampak class!

Seperti kelaziman, rekaan Batek by Rasta Rashid Raya tahun ini masih lagi dengan konsep mempertengahkan Batik Malaysia.

Label itu dalam satu kenyataan berkata, penggunaan Batik Sarong dan Batik Malaysia tekstil yang dipadankan dengan kain polos boleh menaikkan lagi keindahan rekaan agar nampak lebih kontemporari.

Baca lagi: Beraya sakan dengan baju Melayu Mjestic potongan slim fit dengan 35 pilihan warna

Baca lagi: Baju Melayu pakaian tradisi pelengkap Aidilfitri. Ini cerita di sebaliknya

Rasta Rashid sangat mementingkan keselesaan dan juga kelainan dalam koleksinya. Kami juga ingin memastikan lebih ramai pemakai dalam kalangan anak muda.

“Dengan gaya yang ringkas dan moden ini, kami pasti dapat menarik lebih minat mereka untuk terus mencintai Batik Malaysia,” kata label itu.

Hasil pemerhatian kami menerusi media sosial, gabungan warna cerah dengan desain yang lebih santai juga digunakan Rasta Rashid dalam menyuntik lagi keceriaan raya anda.

Menariknya lagi, terdapat baju Melayu Johor Batik Sarong.

Iklan

Rasta Rashid mencadangkan pemakainya agar menyuai padankan dengan seluar berwarna gelap dan samping.

Dapatkan koleksi Batek by Rasta Rashid di lokasi berikut:

1) Butik duluKINI, Tingkat 2, Pink Zone, Pavilion Bukit Jalil

2) House of Fashion, tingkat 1 Quill City Mall, Kuala Lumpur

Iklan

3) Metrojaya, Midvalley

4) Booth Promosi di balai ketibaan KLIA2 Gateway Mall.

E-mel rastacreationofficial74@gmail.com atau layari www.rastarashid.com untuk maklumat lanjut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.