Terbukti anggur Shine Muscat tiada racun berbahaya! Basuh bersih buah guna bahan ini elak iritasi & sakit tekak

No Image Caption
A
A
A

DUA tiga hari ini kecoh tentang buah anggur jenis 'Shine Muscat' dikatakan ada racun perosak yang membahayakan kesihatan.

Berita itu sedikit sebanyak beri kejutan pada orang ramai terutamanya peminat buah ini yang menyukainya kerana rasanya yang sangat enak, rangup dan manis serta berbau wangi.

Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan berkata tiada sampel anggur itu yang mengandungi racun melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL).

Dapatan kajian berkenaan adalah hasil daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) yang dijalankan sepanjang 2020 sehingga September 2024.

Menurutnya, dalam tempoh berkenaan sejumlah 5,561 sampel sayur-sayuran dan buap-buahan import telah dianalisis bagi residu racun perosak.

No Image Caption

“Sejumlah 234 sampel anggur telah dianalisa dalam tempoh tersebut yang mana empat (1.71 peratus) telah dikesan tidak mematuhi MRL yang tidak melibatkan anggur Shine Muscat.

“Tindakan pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) pada kemasukan seterusnya dikenakan, yang mana konsainan makanan tersebut wajib ditahan dan pensampelan perlu dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

KKM juga turut menasihatkan pengguna untuk membaca label sebagai panduan.

Namun begitu, buah-buahan tersebut masih boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan jika tidak dibasuh dengan betul. Salah satu kesan awal yang mungkin dirasai adalah rasa sakit atau iritasi pada tekak selepas memakannya.

No Image Caption

Jadi, ada cara mudah untuk menikmati buah-buahan dengan lebih selamat iaitu menggunakan baking soda! Anda perlu:

1. Ambil 1 sudu besar baking soda dan campurkan dengan semangkuk air (sekitar 1 liter).

2. Rendam buah-buahan selama 10 hingga 15 minit seperti anggur, epal, atau sayuran. Baking soda akan bekerja untuk memecahkan sisa racun perosak.

3. Selepas rendaman, bilas dengan air bersih untuk menghilangkan kesan baking soda. Kini, buah anda lebih bersih dan selamat dimakan!

Jadi, nak makan apapun jenis buah selepas ini, pastikan basuh dengan sempurna ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang