TESLA buka lembaran baharu di Malaysia apabila memperkenalkan kecanggihan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik serba baharu, Model Y di Pavilion Kuala Lumpur semalam.

Jenama terkemuka itu dalam satu kenyataan berkata, Model Y yang didatangkan khas dengan tiga spesifikasi iaitu Performance, Long Range AWD dan Rear-Wheel Drive tersebut antara model berkuasa elektrik ditawarkan pada harga mampu milik.

“Menariknya, varian tersebut direka dan dibina khusus untuk pasaran pertama Tesla, sekali gus mewakili misi jenama ini untuk peralihan dunia ke arah tenaga mampan.

“Selain itu, Tesla juga teruja untuk memacu pelepasan sifar karbon dan mewujudkan masa depan lebih mesra alam untuk Malaysia,” kata label terkemuka Amerika Syarikat tersebut.

Tesla Model Y

Ujar Tesla lagi, pihaknya juga melancarkan pelan pembangunan komprehensif untuk pusat sokongan, perkhidmatan, pengalaman dan infrastruktur pengecasan tenaga EV di negara ini.

“Pihak kami juga akan mereka bentuk, mewujudkan dan mengendalikan rangkaian pengecasan pantas terbesar di dunia dan stesen supercharger tertutup pertama akan dibuka di Pavilion Kuala Lumpur.

 

“Semua usaha keras tersebut adalah bertujuan untuk melancarkan lagi pengalaman pemilikan Tesla oleh pelanggan supaya mereka yakin dengan jaminan bekalan kuasa elektrik tanpa sempadan,” katanya.

Varian yang dijual pada harga bermula RM199,000 tersebut akan dipamerkan di ruang legar Pavilion Kuala Lumpur hingga 31 Oktober nanti.

Tesla Model Y

Nampaknya, peminat Tesla sudah boleh tersenyum puas apabila kereta impian mereka kini dijual pada harga bawah RM200,000 untuk pasaran tempatan.

Jom kita lihat spesifikasi Model Y yang berteknologi tinggi dan mengagumkan. Berikut perincian:

i) Mampu memecut hingga 100 kilometer (km) perjam hanya dalam tempoh 3.7 saat dengan kapasiti motor ultra-responsif.

Tesla Model Yii) Ketahanan bateri dalam julat hingga 533km.
iii) SUV bersaiz sederhana dengan ruang kargo 2.1 meter padu.

Baca juga Elon Musk kongsi foto produk baru Tesla, wisel berharga AS$50, sekelip mata habis terjual

Tesla Model Y

Tesla Model Y

Iklan

iv) Tersedia dengan tempat duduk yang selesa untuk lima penumpang.
v) Tesla Supercharging mampu mengecas untuk perjalanan sejauh 120km hanya dalam tempoh 5 minit.
vi) Model Y dijangka akan diserahkan kepada pelanggan bermula awal tahun 2024.

Baca juga Model SUV paling dinantikan tahun 2022, pilihan nombor 1 memang power

Tesla Model Y

Bagi merancakkan lagi jualan, pelanggan Tesla akan menikmati pengecualian duti import dan eksais penuh untuk setiap kenderaan elektrik baharu didaftarkan.

Lagi best, pelanggan juga mendapat manfaat pengecualian cukai jalan 100 peratus dan pelepasan cukai individu hingga RM2,500 ke atas perbelanjaan berkaitan kemudahan pengecasan EV bagi tahun taksiran 2023.

Tesla Model Y

Iklan

Eh! Ada lagi bonus buat syarikat yang menyewa kenderaan EV bukan komersial. Mereka boleh menuntut potongan cukai ke atas jumlah sewa hingga RM300,000 hingga tahun 2025.

Menarik bukan? Untuk maklumat lanjut, layari https://www.tesla.com/en_my.

Tesla Model Y

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang