APLIKASI X atau sebelum ini dikenali dengan nama Twitter nampaknya sudah menukar strategi bisnes mereka di beberapa negara dengan memperkenalkan kaedah langganan baharu.

Apa yang membuatkan ramai terkejut, platform media sosial milik individu paling kaya di dunia, Elon Musk mengenakan yuran percubaan (trial) untuk ciri asas.

Lapor Forbes, X dikatakan sudah melaksanakan percubaan caj tersebut untuk servis penghantaran mesej kepada pengguna baharu di New Zealand dan Filipina.

Kadar bayaran dikenakan kira-kira RM3.57 hingga RM4.05 untuk tempoh setahun kepada pengguna yang pertama kali memuat turun aplikasi tersebut bermula Selasa lalu.

pengguna baharu X

Langganan itu memberikan kelebihan kepada mereka untuk mengakses hantaran seperti teks, gambar, video, thread atau sebarang posting di media sosial.

Bagaimana pula bagi pengguna yang enggan membayar kadar tersebut?

Menurut portal antarabangsa berkenaan, mereka bagaimanapun masih boleh mengakses aplikasi tersebut, cuma hanya terhad untuk versi bacaan sahaja.

 

Sebelum ini, Musk dalam satu kenyataan turut memberitahu, pendekatan tersebut bertujuan untuk mengurangkan spam, kewujudan akaun palsu dan manipulasi platform X pada masa akan datang.

Baca juga Meta perkenalkan aplikasi baharu, Threads ala-ala Twitter dengan fungsi lebih menarik. Ini info wajib ambil tahu

pengguna baharu X

Pada masa sama, jutawan teknologi itu mahu menghalang perisian kecerdasan buatan yang dikenali sebagai bot.

DIKECAM

Alasan untuk pelaksanaan bayaran nominal berkenaan bagaimanapun menerima kecaman pengguna seluruh dunia.

Iklan

Bagaimana pula penerimaan orang Malaysia? Tak mustahil kalau selepas ini ramai yang beralih arah ke aplikasi lain yang masih menawarkan servis percuma.

pengguna baharu X

Jika merujuk statistik yang dikeluarkan Data Reportal, pengguna X pada tahun ini direkodkan seramai 5.5 juta orang bersamaan 16.1 peratus daripada jumlah penduduk semasa.

Baca juga Elon Musk kongsi foto produk baru Tesla, wisel berharga AS$50, sekelip mata habis terjual

Pada masa sama, bilangan pengguna di Malaysia dilaporkan meningkat sebanyak 50,000 orang (+0.9 peratus) antara Oktober 2022 hingga Januari 2023.

Iklan

pengguna baharu X

pengguna baharu X

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang