Tidak hanya jadi ‘aurat’ sesebuah rumah, langsir boleh bikin kediaman nampak mewah, elegan

A
A
A

LANGSIR antara elemen paling penting dalam menaikkan seri sesebuah kediaman.

Kata orang, pelengkap hiasan dalaman rumah itu turut berfungsi menghalang orang luar daripada melihat ke dalam rumah kita.

Mudah kata, ia sebagai perantara untuk menutup segala rahsia termasuklah menjaga 'aurat' isi rumah.

Sempena lebaran yang bakal menjelma, SinarPlus pasti, kaum Hawa sedang sibuk memikirkan apa rona atau desain yang sesuai untuk diterapkan. Ingat, jangan salah pilih, nanti 'cacat' pula pemandangan.

Baca ni Idea kreatif DIY meja konsol dengan cara mudah, murah dan menjimatkan masa. Hanya sambung & skru sahaja, dah siap!

Kepada Pengasas Ai Curtains Home Furnishing Sdn Bhd, Aida Haswani Abu Hasaan, kami ajukan beberapa pertanyaan relevan tentang panduan tepat memilih langsir.

Sebelum itu, kata Aida Haswani, sejak Perintah Kawalan Pergerakan sehingga sekarang, kebanyakan pelanggannya memilih langsir yang biasa dan simple.

“Mereka berpendapat, asalkan kain jenis tak terlalu jarang atau tebal, itu sudah memadai," katanya.

Bagaimanapun, di Ai Curtains Home Furnishing mempunyai pelbagai pilihan. Terkini, mereka mengetengahkan rekaan sulam biku (scallop) dan jenis kepala tirai langsir (pelmet box).

Kalau diikutkan, scallop pernah menjadi fenomena sedekad lalu dan akan dikembalikan semula pada tahun ini.

"Para pelanggan yang bercita rasa klasik boleh mencuba konsep scallop, sementara pelmet box pula sesuai bagi mereka yang gemarkan konsep moden," katanya sambil menambah, orang ramai juga dilihat lebih gemar langsir jenis pasang siap.

Mengenai fabrik, beritahu beliau, pihaknya banyak mengeluarkan kain poliester yang polos dan bercorak.

Baca lagi Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

"Kami juga memiliki fabrik jenis kapas dan linen, cuma kebanyakan pelanggan suka poliester sebab mudah dijaga. Berbanding yang bercorak, ramai pelanggan suka yang kosong dan jenis blackout (kainnya lebih berat daripada langsir biasa).

"Mudah kata, kebanyakannya memilih rekaan minimalis dan tidak terlalu sarat. Warna juga tidak terlalu terang atau gelap sangat," ujarnya yang menganggap rekaan seperti berlisu (pleated) dan rama-rama turut berpotensi untuk diperkenalkan kelak.

Berhubung soal warna, nampaknya ramai memilih 'warna selamat', apa lagi kalau bukan nuansa pastel.

Barisan rona sebegitu, kata Aida Haswani, sememangnya sesuai untuk menjadikan kediaman nampak luas dan mudah untuk disuai padan dengan apa juga jenis perabot.

Pun demikian, kata usahawan itu, pihaknya akan tetap melayani idea yang diutarakan oleh para pelanggan.

Baca lagi DIY pewangi semburan untuk hilangkan bau kepam dalam rumah & hilangkan habuk kipas. Mudah, jimat & tahan lama!

"Kami tiada masalah dan akan bantu dengan mendekorasi kediaman mengikut warna dan rekaan yang dimahukan,” katanya.

Apa pandangan beliau tentang pemilihan langsir rona gelap seperti hitam untuk sesebuah kediaman?

Dalam hal tersebut, Aida Haswani secara jujurnya berkata, beliau tidak menggalakkan orang ramai memilih warna sedemikian rupa kerana ia memudahkan pembiakan nyamuk di dalam kediaman.

“Selain itu, pendekatan itu juga boleh mematikan warna-warna lain,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca