“KALAU takdak (budu/ sambal belacan/ ikan masin) tak lengkap menu tu..mesti ada baru selera”
“Tak sempat nak masak bila balik, tu selalu beli fast food untuk anak anak…senang diorang pun suka”
“Letak (MSG/ serbuk a**) sikit dalam masakan..baru umph”

Biasa dengar cakap-cakap dan mereka yang memberikan alasan sebegini apabila dinasihati agar mengurangkan bahan seumpamanya dalam masakan yang lazimnya mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti contoh di atas bukan?

Pegawai Dietetik, Nur Hafizah Mahamad Sobri yang memberikan contoh situasi di atas turut tidak menafikan makanan sedemikian memang ‘membantu’ menaikkan selera makan.

Bagaimanapun, awas ya… kata beliau kandungan sodium makanan tersebut sangat tinggi!

Lazimnya orang hanya ingat perlu ‘jaga-jaga’ bab makan makanan masin yang konon hanya penting pada orang yang sakit. Namun demikian, sebenarnya orang sihat pun sama perlu jaga bab pemakanan, kongsi Nur Hafizah.

“Sodium ni sejenis garam dan banyak digunakan untuk mengawet makanan bagi tahan lama dan menaikkan rasa makanan.

Sodium banyak dikaitkan dengan darah tinggi. Kalau ambil sodium lebih dari had selalu darah tinggi akan naik mencanak.

Tapi mungkin itu bagi orang yang ada hipertensi kan, yang takde penyakit boleh la melantak kan kan kan

Tak jugak…
Baru baru ini saya terima kes melalui NGO yang saya kendalikan bersama team iaitu Kelab Bantu. Dia seorang pesakit lelaki didiagnos kanser usus tahap 3.

Tidak boleh bekerja, bergantung sepenuhnya dengan makanan melalui tiub, dan tak dapat nak membuang seperti biasa (kebanyakan pesakit perlu bergantung pada stoma bag macam dalam gambar ke-2 sebab dah kena operate usus).

Pengambilan sodium yang berlebihan secara berterusan meningkatkan RISIKO kena kanser usus (colorectal)
TERUTAMANYA melalui makanan daging terproses (hotdog, burger, nugget etc), ikan masin, makanan jeruk (buah/sayur) atau makanan yang dihasilkan melalui fermentasi (kicap, budu, cencalok etc)
Had sodium seeloknya 1 hari 5gm (1sudu kecil) tapi rakyat Malaysia secara purata ambil 7g atau lebih.

Tinggi sangat…

Dan tahu tak, kanser usus ini adalah kanser kedua tertinggi di Malaysia?
Kadar kematian 1 dalam 5 orang
Itu sebab saya risau,” kongsinya di Facebook beliau baru-baru ini.

Justeru, 10 tip untuk hadkan pengambilan sodium sehari dikongsikan Nur Hafizah:

1. Gunakan MSG yang natural seperti tomato, kentang, keju dalam masakan dari guna MSG serbuk

2. Buat homemade nugget, hotdog atau burger untuk seisi keluarga (boleh tambah sayur)

Iklan

3. Buat stok sendiri daripada menggunakan kiub pati atau perasa

4. Elak tambah garam dalam masakan yang sedia ada sumber garam lain contoh masak kicap, masak dengan ikan bilis atau ikan masin, menggunakan pes atau sos

5. Daripada letak garam dalam masakan, letak dalam mangkuk hidangan. Contoh apabila dapat mangkuk sup atau hidangan yang tawar/tiada garam anda cuit sikit garam dan letak dalam mangkuk untuk secukup rasa. Kalau nak budu, sambal belacan atau kicap padankan dengan masakan yang kurang garam macam ikan bakar etc.

6. Elak daripada makan makanan luar. Jika perlu utamakan hidangan yang lengkap (ada nasi, lauk dan sayur) daripada hidangan ala carte sahaja (contoh nasi goreng xxx, mi xxx, kueteow xxx)

7. Tak perlu hirup sup sampai licin. Kebanyakan sodium ada dalam kuah.

Iklan

8. Hadkan 1 sudu kecil garam sehari dengan letak siap siap dalam bekas sambil amalkan tips no 5.

9. Seimbangkan dengan sayur hijau dan buah sebab potassium dalam makanan ni melawan kesan sodium dengan baik.

10. Utamakan makanan fresh daripada makanan dalam tin, paket atau botol (contoh buah fresh bukan buah tin, ikan fresh bukan ikan tin etc)

Menurut beliau, semua orang boleh amalkan tip di atas, bukan sahaja pesakit darah tinggi.

Moga bermanfaat! -AG #JanganPutusAsaMalaysia