Tip paling mudah simpan daun kari tahan berbulan-bulan, tetap segar dan kekal harum
![Untitled design (27)](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2023/08/Untitled-design-27.jpg)
![daun kari](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2023/08/kari.jpg)
![daun kari](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2023/08/kari-1.jpg)
![daun kari](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2023/08/kari-3.jpg)
Tip paling mudah simpan daun kari tahan berbulan-bulan, tetap segar dan kekal harum
DAUN kari antara bahan yang sering digunakan dalam masakan terutama untuk memasak kari atau menggoreng ayam.
Aromanya yang harum memang membangkitkan selera.
Kepada yang tidak menanam pokok kari, setiap kali nak guna barulah pergi ke kedai membelinya.
Pun begitu, bukan banyak pun kuantiti daun yang digunakan dalam masakan.
Sayang pula andai lebihan dibiar kering atau dibuang begitu sahaja, kan?
Bagi mengelakkan pembaziran, apa kata cuba tip yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Cik Rain.
Menurut beliau, kaedah tersebut membantu membuatkan daun kari tahan berbulan-bulan lamanya.
Malah, aroma dan rasanya tetap kekal seperti sediakala.
Selain daun kari, kaedah itu juga boleh dilakukan jika mahu menyimpan daun lain seperti limau purut.
"Pastikan daun tersebut betul-betul kering sebelum dimasukkan ke dalam botol. Jika tidak, ia akan mudah berkulat," kongsi Cik Rain.
DAUN SEGAR DAN HARUM
Berikut cara menyimpan daun kering:
1. Cuci terlebih dahulu daun kari bersih-bersih.
2. Selepas itu, lap dengan menggunakan tisu sebelum dibalut dengan kertas (boleh guna kertas surat khabar). Kemudian, simpan dalam peti sejuk.
3. Biarkan daun tersebut dalam peti sejuk selama seminggu sebelum dibuka. Pastikan daun kari itu betul-betul kering. Kemudian, barulah masukkkan daun berkenaan dalam botol kaca lalu tutup ketat.
4. Hasilnya, warna daun kari tetap kekal hijau. Apabila mahu digunakan dalam masakan, barulah ambil sedikit.
Cara itu juga membuatkan daun kari kembali segar dan baunya masih lagi harum.
Baca lagi Kerabu pucuk daun kari sedap, aroma wangi memikat selera
Selain tip yang dimuat naik Cik Rain, ada juga pengguna lain iaitu Nik Mazihalaura turut berkongsi cara menyimpan daun kari dengan cara yang mudah.
- Caranya adalah dengan mencuci daun kari itu sebelum dijemur sehingga kering.
- Setelah itu, letak sedikit minyak masak pada daun berkenaan.
- Kemudian, barulah disimpan dalam bekas.
Baca lagi Tempe goreng daun kari mudah, anak-anak gerenti suka
Mudah jer kan cara nak simpan daun kari ini. Bahannya cuma guna botol sahaja. Jimat belanja lepas ini tak perlu buang lagi lebihan daun kari.
Anda ada idea atau cara lain tak untuk simpan daun kari? Boleh kongsikan dengan min dan pembaca lain.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang