Tip jimat & praktikal untuk kembali ke sekolah, ini 5 cara mudah elak kelam kabut & kurangkan tekanan ibu bapa, anak
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/10/thumbs/900x900/3002496.jpg)
PERMULAAN penggal sekolah baharu pasti menjadi waktu yang mendebarkan dan mencabar bagi kedua ibu bapa yang perlu menguruskan jadual, membeli barang keperluan, dan membantu anak-anak beralih dari mod bercuti ke suasana bilik darjah.
Bagi memudahkan urusan ini, dua orang ibu yang juga personaliti ini berkongsi petua terbaik mereka dalam persediaan kembali ke sekolah untuk anak-anak.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/10/3002472.jpg)
1. Senarai semak
Perancangan awal sangat membantu. Menurut penerbit TV dan pencipta kandungan, Mya Zulkifli, beliau sentiasa bermula awal dengan senarai semak yang terperinci untuk pakaian seragam, alat tulis dan sebagainya supaya tidak tergesa-gesa di saat-saat akhir.
"Sebagai seorang ibu yang bekerja, saya perlu melakukan banyak perkara dalam satu masa, mengimbangi tuntutan kerja dan keluarga. Walaupun seseorang itu merupakan multitasker terbaik sekalipun, pasti ada masa di mana perkara penting terlepas pandang.
"Senarai semak menjadi senjata rahsia saya, memastikan segala-galanya berada di landasan yang betul dan mengurangkan beban di fikiran,"ujar ibu kepada dua orang anak itu.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/10/3002473.jpg)
2. Tetapkan rutin sebelum sekolah bermula
Bantu anak-anak menyesuaikan diri dengan lebih mudah dengan memperkenalkan rutin sekolah seawal seminggu atau dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula.
Mulakan dengan waktu tidur dan bangun yang tetap untuk menyesuaikan semula jam biologi mereka, serta amalkan tabiat seperti mengemas beg dan menyediakan pakaian seragam pada malam sebelumnya. Bagi anak-anak kecil, jadual visual dapat membantu mereka memahami dan menjangkakan aktiviti harian mereka."
Langkah-langkah kecil ini boleh memberi impak yang besar untuk memastikan permulaan sesi persekolahan yang lebih tenang dan bebas dari stres.
3. Jadikan beli-belah aktiviti seronok bersama anak
Libatkan anak-anak dalam persiapan kembali ke sekolah. Biarkan mereka memilih alat tulis, kasut, atau bekas makan mereka supaya mereka rasa lebih terlibat dan bersemangat untuk sesi persekolahan yang baru.
Menurut Dr. Fatin Liyana, ibu kepada tiga orang anak, beliau mengakui jadualnya sentiasa sibuk. Justeru, pencipta kandungan itu cuba manfaatkan sepenuhnya masa yang ada bersama anak-anak.
"Biarkan mereka memilih kelengkapan sekolah bukan sahaja buat mereka lebih teruja untuk sesi baru, tetapi juga mengajar mereka cara membuat keputusan dan berdikari.
"Ia satu cara kecil yang bermakna untuk mengeratkan hubungan ketika dalam kesibukan," jelasnya.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/10/3002474.jpg)
4. Pilih kasut sekolah praktikal
Kasut sekolah adalah antara perkara yang paling penting dalam senarai persiapan kembali ke sekolah.
Anak-anak memakai kasut tersebut berjam-jam setiap hari, dan kasut yang sesuai boleh memberi perbezaan besar dari segi keselesaan, keselamatan, dan keseluruhan pengalaman mereka di sekolah.
Sementara itu, Mya Zulkifli, yang juga merupakan pengguna setia ABARO, berkongsi, "Mencari kasut yang praktikal untuk aktiviti harian di sekolah adalah keutamaan saya.
"Noah sering kali menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti kasutnya selepas menanggalkannya di sekolah, tetapi ciri NameTech dari ABARO benar-benar memberi perubahan besar.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/10/3002490.jpg)
"Sentuhan kecil tetapi bijak seperti ini menjadikan kasut tersebut benar-benar praktikal untuk anak-anak," ujarnya.
Seorang lagi ibu, Dr. Fatin Liyana, turut mengakui praktikaliti dan fungsi adalah perkara paling penting ketika memilih kasut untuk anak-anaknya.
5. Bijak mengurus belanja semasa musim perayaan
Mengimbangkan antara membeli-belah untuk perayaan dengan persiapan kembali ke sekolah boleh menjadi cabaran, terutamanya dengan banyak perbelanjaan yang perlu diuruskan.
Untuk meringankan beban, carilah tawaran promosi. Contohnya, Kempen Kembali ke Sekolah ABARO memberi peluang kepada ibu bapa untuk berjimat dengan membeli kasut yang berfungsi dan praktikal pada harga yang berbaloi.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/10/3002475.jpg)
Dengan hanya berbelanja RM40 untuk kasut sekolah berkualiti, anda dapat menyediakan anak-anak untuk sesi persekolahan baru tanpa perlu berbelanja lebih—dan berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai RM300,000, termasuk laptop jenama Acer.
Ringankan beban anda bersama ABARO. Beli dalam talian di Shopee, Lazada, dan TikTok, atau kunjungi AEON, Mydin, Lotus dan SOGO KL semasa Pesta Kembali ke Sekolah.
Anda juga boleh mendapatkan ABARO di Servay Hypermarket dan banyak lagi kedai kasut lain. Kerana setiap langkah penting untuk perjalanan anak anda.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang