Kemalangan di lorong kanan, sikap biadap wanita 'campak' kopiah pakcik pemandu teksi undang geram. 'Terbayang ayah sendiri yang kena'

No Image Caption
A
A
A

TULAR di laman sosial kemalangan tular melibatkan seorang wanita yang sengaaja mencampakkannya kopiah dipakai pemandu teksi berlaku ketika kesesakan jalan raya di Kilometer 20.2 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi 18 saat berasal daripada kamera papan pemuka kenderaan dari arah bertentangan.

Lebih menyedihkan, pak cik berkenaan dilihat mengutip kopiah yang jatuh selepas wanita berkenaan mencampakkannya.

Kejadian tersebut mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-rata netizen mengecam sikap kurang ajar dan biadap individu terbabit terhadap warga emas.

Warga maya kebanyakannya berkata, meskipun pak cik berkenaan melakukan kesalahan, beliau tidak layak dilayani sedemikian.

Video yang telah mendapat lebih 227,000 tontonan tu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Insiden seperti itu menggambarkan semakin terhakisnya perasaan hormat terhadap golongan yang lebih tua dalam masyarakat hari ini.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Kemalangan, pergi buat laporkan trafik kemudian claim insuran sahaja. Tidak perlu gaduh. Tiada sesiapa yang ingin terlibat dalam kemalangan."

"Mengeletar rasanya menahan perasaan, kurang ajar."

"Kalau salah pun, perlu ke buat macam tu? (Terbayang ayah sendiri yang kena)."

'Saya pun pernah alami masalah macam ni. Bincang untuk settle je, benda sudah jadi. Marah dan bergaduh memburukkan keadaan."

KEDUA-DUA TIDAK CEDERA- POLIS

Kemalangan yang tular itu berlaku di Kilometer 20.2 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) kira-kira jam 4 petang pada 8 Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd Sufian Amin berkata, hasil siasatan mendapati seorang lelaki berusia 20an yang memandu kereta Proton Saga telah membrek kenderaannya.

Tindakan lelaki tersebut menyebabkan kereta Toyota Innova yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 50an melanggar belakang kereta Proton Saga tersebut ketika berlakunya kesesakan di lokasi berkenaan.

No Image Caption

“Impak pelanggaran menyebabkan Toyota Innova itu rosak di bahagian depan manakala Proton Saga di bahagian belakang.

“Kedua-dua pemandu tidak mengalami apa-apa kecederaan dan telah hadir membuat laporan polis,” katanya.

Tambahnya, saman telah dikeluarkan oleh pegawai penyiasat kes di bawah Rule 10 LN 166/59 atas kesalahan gagal mengawal kenderaan menyebabkan kemalangan.

Jelas beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mohd Amin Azahan Saleh di talian 019-7800942 atau 03-31872222.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang