TIP memilih tudung mengikut warna kulit yang bersesuaian adalah sangat penting bagi menaikkan seri wajah. Pemilihan warna yang salah boleh menyebabkan wajah kelihatan pucat serta tidak menyerlah.

SinarPlus kongsikan beberapa tip untuk memilih warna tudung yang sesuai mengikut tona warna kulit anda.

1. Kulit gelap/hitam manis

tudung

Untuk yang berkulit gelap sesuai dengan warna-warna pastel atau keemasan kerana warna ini mampu menaikkan seri kulit anda.

Semestinya anda yang berkulit gelap lebih cerewet dalam pemilihan warna tudung, jadi anda harus mengelak warna tudung yang gelap seperti hitam dan coklat. Hal ini kerana warna ini membuat kulit anda nampak lebih malap.

2. Kulit sawo matang

tudung

Untuk anda yang berkulit sawo matang, pemilihan warna pastel dan warna gelap merupakan pilihan yang terbaik kerana akan membuatkan kulit anda cerah dan ayu.

Warna yang harus anda elakkan adalah warna yang terlampau lembut atau cair kerana warna tersebut boleh menyebabkan kulit anda kelihatan bertambah gelap.

3. Kulit kuning langsat

tudung

Iklan

Untuk anda yang berkulit kuning langsat, sesuai mengayakan warna-warna cerah seperti kuning ataupun biru cair. Hal ini kerana warna tersebut menambahkan seri wajah dan membuatkan kulit anda segar sekali gus menyerlah kecantikan. Anda harus mengelakkan warna oren ataupun warna krim kerana warna tersebut akan membuat anda kelihatan pucat.

4. Kulit putih

tudung

Iklan

Untuk anda yang berkulit putih sesuai dipadankan dengan kebanyakan warna. Tak kisah warna gelap ataupun cerah. Warna yang paling sesuai untuk anda adalah warna-warna solid seperti merah, hijau dan hitam.

Jangan disangka orang yang berkulit putih ini tiada masalah dalam pemilihan warna tudung. Ada juga warna yang harus dielakkan iaitu warna yang terlampau lembut seperti baby blue ataupun soft pink kerana warna-warna ini akan menyebabkan kulit bertambah pucat. Warna putih juga harus dielakkan.

Pemilihan warna yang tepat dan sesuai sangat penting bukan sahaja untuk kelihatan cantik tapi untuk mengekalkan mood seharian anda.

Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif
Foto: Unsplash