Trak pikap berteknologi dari China, JMC Vigus Pro 4x4 tembusi pasaran Malaysia

A
A
A

ANGKA-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) mengembangkan portfolio kenderaannya selepas dilantik oleh Jiangling Motors Co Ltd (JMC) sebagai pengedar rasmi trak pikap, JMC Vigus Pro 4x4 di Malaysia.

Kerjasama di antara ATM dan JMC dimeterai selepas kedua-dua pihak menandatangani perjanjian Perlesenan Teknologi Kenderaan pada 1 Julai 2020.

JMC telah memberi hak penuh kepada ATM untuk mengilang, memasang dan menjual trak pikap JMC Vigus Pro 4x4 serta alat ganti, termasuk komponen berkaitan.

JMC Vigus Pro

ATM juga merancang untuk menawarkan JMC Vigus Pro menerusi 13 cawangan jualan dan servis di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd, Tan Keng Meng berkata, trak pikap JMC Vigus Pro 4x4 yang bergaya dan berteknologi tinggi itu sudah membuktikan keupayaannya di pasaran China.

Baca juga Land Rover Defender 110 dengan seni bina kejuruteraan D7x, diiktiraf jentera terbaik dunia

"Kami tidak sabar untuk berkongsi produk baharu ini dengan peminat trak pikap di seluruh Malaysia,” katanya.

JMC Vigus Pro ditawarkan pada harga RM98,888 hingga RM100,888  (di atas jalan tanpa insurans)  dan dijangka diedarkan kepada pelanggan bermula akhir bulan ini.

JMC Vigus ProBerikut perincian ringkas mengenai JMC Vigus Pro 4x4:

  • Sports bar bersama lampu brek ketiga, pemijak sisi, cermin sisi boleh dilipat secara automatik dan rim aloi dua tona bersaiz 16 inci.
  • Dilengkapi dengan enjin turbo diesel 2.0L Puma TDI 4-silinder dengan VGT, pengecas turbo geometri boleh ubah, intercooler.
  • Kuasa 141PS (3,600rpm) dan tork 340Nm (1,500rpm hingga 2,600rpm).
  • Transmisi automatik ZF 8-kelajuan dengan mode manual.
  • Penjimatan bahan api mendahului kelasnya pada 7.8L/100 kilometer (km).
  • Fungsi pemanas pada cermin sisi.
  • Mempunyai brek kenderaan automatik dengan laluan curam hingga 8km/jam.
  • Terdapat empat pilihan warna iaitu coklat, putih, perak dan hitam dengan jaminan selama tiga tahun/100,000km.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pelanggan boleh melihat JMC Vigus Pro dari dekat di bilik pameran utama ATM di Klang, Selangor.

Untuk maklumat lanjut, layari www.jmcmalaysia.com.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca